Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan supaya meneruskan projek infra rakyat sebagai langkah ‘reset’ dengan matlamat menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapatan tinggi.
Ujar beliau, projek-projek tersebut boleh membawa kepada pembangunan ekonomi negara.
“Bila bangunkan ekonomi negara, rakyat untung. Pekerjaan dapat disediakan dengan berjuta-juta bilangannya,” katanya.
Malah tegasnya keutamaan negara kini haruslah meningkatkan ekonomi dengan menambah pelaburan negara dan kemudiannya diagihkan kepada rakyat.
Menggunakan analogi kek, Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan harus membesarkan kek, sebelum kek itu dihiris kepada rakyat.
“Bagi mengembangkan kek kita, jangan jual aset. Kalau jual, seolah-olah ketuhar pun kita jual.
“Dahulu, kita mempunyai hasil besar daripada GST (cukai barang dan perkhidmatan).
Kalau hari ini ada GST, kita ada hasil tambahan RM30 bilion untuk beri subsidi kepada nelayan, pekebun kecil,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Debat Perdana yang julung kali menampilkannya bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disiarkan secara langsung dari Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), malam ini.
Discussion about this post