Usahawan luar bandar di sekitar Daerah Lipis termasuk di Jerantut dan Raub diharap supaya dapat memanfaatkan [email protected] dalam membantu mereka mempromosikan produk masing-masing, kata Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 1 Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.
Katanya agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bersedia memberi bimbingan kepada mereka yang berminat dan peniaga tempatan harus memanfaatkan peluang yang disediakan menerusi inisiatif kementerian itu.
“Selain di Lipis, konsep kedai DesaMall telah beroperasi di Mersing, Johor dan dijangka dibuka di Lawas, Sarawak dalam masa terdekat dan kita menyasarkan untuk membuka satu DesaMall di setiap negeri dengan harapan ia dapat menjadi platform usahawan mempromosikan produk mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan [email protected] di Jalan Besar, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Setiausaha KPLB Datuk Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus.
Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata [email protected] telah mula beroperasi pada 20 Feb lepas dengan 420 produk dipasarkan untuk jualan dengan kerjasama syarikat pentadbir [email protected] iaitu eLokal Sdn Bhd bersama operator tempatan yang dilantik dengan hasil jualan berjumlah RM27,000 direkodkan setakat 31 Mac.
[email protected] dibuka setiap hari kecuali Isnin dari 10 pagi hingga 8 malam dan antara produk usahawan tempatan yang diketengahkan ialah kopi, susu, sabun, kerepek dan pelbagai jenis biskut.
Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Lipis turut menggalakkan usahawan luar bandar memasarkan produk mereka secara dalam talian menerusi [email protected] di platform e-Dagang antaranya Shopee, Lazada dan eBay.
Untuk rekod, sejak dilancarkan pada akhir 2017 sehingga 31 Mac, [email protected] telah mencatatkan jumlah jualan RM2.05 juta dengan 2,362 produk dipasarkan menerusi e-Dagang.
Sementara itu, Noraziza Ngadenan, 37, usahawan produk sambal hitam berkata beliau tidak menang tangan menyiapkan tempahan sejak mula memasarkan produk itu pada Februari lepas di [email protected]
Beliau yang berasal dari Kampung Barus, Lipis berkata resipi berkenaan merupakan cita rasanya sendiri selepas mencuba beberapa sambal hitam di pasaran dengan mula menjual produk yang dihasilkannya di rumah sekitar 2015 secara kecil-kecilan menerusi media sosial.
“Sejak Februari, kira-kira 1,000 botol sambal hitam yang dijual dengan harga RM12 sebotol telah dipasarkan di [email protected], setiap minggu saya perlu menambah stok dalam 30 botol. Kini produk berkenaan dalam proses untuk mendapatkan status halal dan Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI),” katanya.
— BERNAMA
Discussion about this post