Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Khaidirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira yakin parti itu akan terus bergerak kehadapan dan bangkit semula bagi mengembalikan keyakinan rakyat.
Beliau berkata demikian sempena mesyuarat Cawangan dan pemilihan bagi jawatankuasa Cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri Cawangan yang berlangsung selama 26 hari sehingga 26 Februari ini.
“Selamat bersidang kepada ahli-ahli UMNO di peringkat cawangan seluruh negara.
“Saya yakin & percaya UMNO akan terus mara dan bangkit semula sebagai wadah utama yang memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air tercinta,” katanya menerusi catatan di Facebook.
Beliau berharap persidangan dan pemilihan kali ini dijadikan platform terbaik untuk memperkukuh kedudukan parti terutamanya di peringkat akar umbi.
Dalam masa sama, katanya, keyakinan rakyat juga perlu dikembalikan selepas keputusan Pilihanraya Umum ke-15 yang lalu tidak menyebelahi UMNO-BN.
“Saya berharap persidangan dan pemilihan tahun ini berjalan dengan lancar dan diberkati Allah SWT. InshaAllah,” katanya.
Discussion about this post