Ekonomi Malaysia dijangka pulih tahun hadapan selepas terjejas ekoran penularan pandemic covid-19 tahun ini
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) , Arthur Joseph Kurup berkata kini semua sektor utama ekonomi telah terjejas terutamanya dalam sektor perkhidmatan (negatif 6.7%), pembuatan (negatif 8.7%) dan pembinaan (negatif 25.9%).
Walaubagaimanapun, kesan negatif ke atas pertumbuhan ekonomi pada tahun ini adalah bersifat sementara dan dijangka pulih pada tahun 2021.
Arthur yang menjawab soalan dari YB Su Keong Sing ( PH-Kampar) berkata beberapa indikator pada bulan Ogos dan September tahun ini menunjukkan prestasi ekonomi telah bertambah baik berbanding dengan prestasi separuh pertama tahun ini.
“ Eksport Malaysia pada September mencatatkan pertumbuhan sebanyak 13.6% kepada RM88.9 bilion”
“ Nilai jualan perdagangan borong dan runcit telah meningkat sebanyak 2.5% kepada RM111.4 bilion pada bulan Ogos”
“ Jualan kereta penumpang pula telah meningkat 8% kepada 51,422 unit pada bulan September; dan Kadar pengangguran mencatatkan penurunan 4.6% bagi bulan September ‘ katanya lagi
Pertumbuhan ekonomi untuk tahun ini dianggar menyusut sebanyak 4.5% dan dijangka kembali pulih dan berkembang pada kadar antara 6.5% hingga 7.5% untuk tahun hadapan katanya lagi.
Discussion about this post