Satu malam yang bersejarah.
Fakta. Halatuju. Visi.
Debat dan perkongsian yang jelas untuk semua.
Salam persaudaraan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pihaknya.
Itulah perkongsian Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Malah beliua juga mahu semua orang bersama-sama berusaha meningkatkan Malaysia ke tahap yang lebih baik lagi.
“Tapi apapun saya serah kepada pihak orang ramailah yang menonton secara langsung untuk mereka membuat penilaian tetapi saya rasa berpuas hatilah dapat memberi idea dan hujah-hujah tentang masa depan negara kita, ekonomi negara kita, dan mengapa kita patut selamatkan Sapura dalam konteks yang lebih luasnya,” katanya.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada MATIC dan para pegawai yang membantu menjayakan Debat Perdana.
“Sudah tentu sekali, setinggi-tinggi penghargaan juga kepada rakan-rakan media dan penganjur – Malaysia Gazette, Sin Chew Daily, Astro Awani, dan Sinar Harian.
“Malam ini, milik anda dan rakyat Malaysia.”
Discussion about this post