Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menekankan isu untuk bagaimana mahu mengukuhkan lagi matawang.
“Food sekuriti berkaitan dengan persoalan apakah makanan mudah diperolehi dan mampu dimiliki,” kata Shabery menerusi posting di Facebooknya.
Shabery berkongsi di Facebooknya mengenai satu artikel yang menyatakan kekuatan matawang dapat meningkatkan pendapatan untuk membina food sekuriti dalam Malaysia.
Beliau memberi contoh dua perbezaan yang berlaku di dua negara jiran iaitu di Singapura dan Thailand berkaitan dengan nilai matawang dan juga pendapatan.
“Singapura antara ranking tertinggi di dunia bukan kerana mereka menghasilkan makanan tetapi kerana pandapatan rakyat tinggi dan matawang mereka kukuh,” ujar Shabery.
Dalam masa yang sama, Shabery turut menyatakan kekuatan nilai matawang yang dimiliki oleh Singapura juga menjadikan bisnes import di negara tersebut tetap murah.
Berbeza dengan Thailand, kedudukan nilai matawang mereka pula jauh lebih rendah dari Malaysia berikutan di sana masih ramai rakyatnya yang miskin.
“Thailand pula menghasilkan lebihan stok beras berjuta tan tetapi oleh kerana masih ramai rakyatnya miskin, ranking mereka lebih rendah dari Malaysia,” kata Shabery lagi.
Discussion about this post