Malaysia sukar mencapai kemakmuran seperti yang dicapai pada hari ini seandainya negara bermula dengan formula yang menghancurkan dan merobohkan.
Justeru Pengerusi Barisan Nasional, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tidak keterlaluan apabila ada yang berpandangan jika berlaku perpecahan dalam BN, ia memberi maksud perpecahan dalam negara kerana sejak dulu rakyat bersatu mengikut prinsip BN.
Katanya Barisan Nasional (BN) bukan setakat sebuah gabungan politik, ia adalah formula yang membawa kepada kemakmuran masyarakat Malaysia sejak sekian lama.
” BN menyuluh semangat konsensus keamanan dan perpaduan. Memandu sejarah keharmonian berpaksikan Perlembagaan dan Rukun Negara”
” Sejak sekian lama dalamnya berdiri UMNO, MCA, MIC dan parti lain yang mewakili kepentingan segenap anggota masyarakat berbilang bangsa dan agama ”
Posted by Zahid Hamidi on Thursday, February 11, 2021
Tambah Ahmad Zahid lagi Benar ada formula baharu hampir sama cuba ditawarkan oleh bukan BN sejak 23 tahun lalu, tetapi malangnya ia tidak serupa. Formula tiruan, maka hasilnya juga tiruan.
Alternatif berpecah, pakatan berterabur, harapan berkecai. Pada akhirnya sejarah membuktikan BN tetap formula terbaik untuk acuan perpaduan rakyat.
UMNO, MCA, MIC dan parti komponen lainnya terus utuh bersama BN dengan berpegang kepada konsensus menjaga negara, membela negara.
BN malah terbukti tetap teguh walaupun terpalit riwayat hitam serangan dari dalam untuk meranapkan BN demi kepentingan mereka yang tersasar.
Walau apa terjadi pemimpin, ahli dan penyokong BN akan terus memperkasakan BN. Mengukuhkan kerjasama dengan yang jujur dan ikhlas untuk bekerjasama tulisnya lagi.
Discussion about this post