Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkenaan perlunya gencatan politik (political ceasefire) pada waktu ini harus dipertimbangkan secara serius oleh semua pihak.
Tegasnya, ini memandangkan kadar penularan wabak COVID-19 meningkat secara mendadak di seluruh negara.
“Sebagai rakyat Malaysia, sokongan sepenuhnya harus diberikan kepada pihak Kerajaan Persekutuan Malaysia, supaya penularan wabak Covid-19 ini dapat dibendung, serta proses pemulihan ekonomi dan pembangunan negara dapat dipulihkan semula,” katanya yang juga Menteri Besar Pahang menerusi laman facebooknya berkaitan hal tersebut.
Dalam pada itu, Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Ybhg Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom pula berkata UMNO Negeri Kedah yakin dan percaya keputusan tersebut adalah terbaik untuk meredakan keresahan, kesusahan dan penderitaan rakyat dalam kehidupan seharian perlu segera ditangani serta diselesaikan dengan mengambil pendekatan drastik dan efektif. Pastinya juga rakyat amat mendambakan sokongan dan bantuan kerajaan bagi membantu kesusahan rakyat terutamanya yg berpendapat rendah dan sederhana.
” Inilah saat di mana semua parti bersama-sama mengetepikan perbezaan fahaman politik dan memikirkan solusi terbaik bagi mensejahterakan kepentingan rakyat menghadapi wabak Covid19 dan meredakan sebentar “political climate” negara”.
Bagi UMNO Kelantan pula, Semua pihak wajib mengetepikan ketidaksefahaman politik kerana Malaysia sedang menghadapi masalah yang lebih besar daripada isu politik negara.
Pengerusinya Ahmad Jazlan Yaakub berkata, Rakyat sedang berjuang untuk kelangsungan hidup dan menjaga keluarga daripada penularan pandemik COVID-19, petugas-petugas kesihatan dan keselamatan sedang bertarung nyawa untuk mengekang wabak ini daripada terus merebak.
Oleh itu, sewajarnya kita semua wajib berganding bahu untuk terus bersama-sama dengan Kerajaan dalam mencegah wabak COVID yang semakin rakus berkuasa di Malaysia.
” setelah #KitaMenang, adalah menjadi kewajipan pihak Kerajaan untuk memulihkan ekonomi Malaysia demi membantu rakyat yang sedang bergelut dengan kehidupan dan cabaran mencari pendapatan” katanya lagi
Discussion about this post