Jika kembali merentas masa sebelum Pilihan Raya 14 (PRU14), Kerajaan ketika itu dibawah pimpinan Barisan Nasional (BN) akan menggunakan pelbagai inisiatif dalam memberi bantuan disamping memastikan tidak ada kategori penerima yang terlepas dari pandangan.
Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak tampil menyelar kenyataan ADUN Permatang Pasir Faiz Fadzil yang mendakwa golongan M40 telah dianak tirikan oleh kerajaan kini kerana mengecualikan mereka daripada bantuan tunai.
“Yang anak tirikan M40 daripada bantuan tunai ialah korang dalam kerajaan PH. Kerajaan BN masa saya PM perkenalkan BR1M pada tahun 2012 dengan nilai RM500,” tegas Najib Razak dalam kenyataannya di posting Facebook.
Tambah beliau lagi, setiap tahun pula jumlah nilai bantuan telah dinaikkan manakala jenis kategori penerima semakin siperluaskan daripada RM1,200 sehingga RM2,000.
Dalam masa yang sama, sewaktu kerajaan dibawah pimpinannya juga telah memperkenalkan kategori bantuan bagi mereka yang sudah berumahtangga dengan pendapatan RM4,000 sehingga RM5,000 satu bulan.
“Tapi kategori ini dimansuhkan dalam bantuan BaSaH kerajaan PH,” ujar Najib Razak.
Bukan sahaja kategori diperkenalkan sebelum ini dimansuh, malahan pengecualian bagi pelajar IPT untuk membayar semula wang PTPTN bagi mereka yang mendapat graduan ijazah sarjana muda kelas pertama turut diubah oleh PH dengan pengecualian tersebut hanya had untuk golongan B40 sahaja.
“Satu sen pun tak pernah diberi kerajaan PH kepada golongan M40. PH ada hati nak jadi hero M40 lagi?” soal Najib Razak lagi.
Meninjau ruangan komen juga melihatkan netizen yang mengakui kenyataan Najib Razak tersebut.
“Saya pernah rasa sewaktu zaman DS Najib Razak, sejujurnya banyak kemudahan waktu itu yang hilang sekarang, saya bercakap berdasarkan apa yang saya rasa waktu zaman Datuk.
“Datuk, tolong suruh Menteri Kewangan cepatkan duit bantuan sebab sampai sekarang tak dapat lagi. Dulu tak lambat macamni,” demikian sebahagian komen yang dipetik dari ruangan komen posting Najib Razak.
Discussion about this post