Meskipun dilabel sebagai calon tidak popular dalam kalangan anak muda, Hamild @ Hamid Awang tidak menghampakan pengundi setia Barisan Nasional (BN) Umno di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.67 Balung apabila menang kerusi tradisi BN itu.
Beliau menang dengan majoriti 580 selepas memperoleh undi 3, 524, sekaligus menewaskan pencabar terdekatnya, Andi Rus Diana Andi Paladjareng (Warisan) yang mendapat 2, 944 undi dan calon popular anak muda, Ariffin Kassim Ibong (Parti Harapan Rakyat Sabah – 1, 213 undi).
Dalam pertembungan tujuh penjuru DUN Balung, empat calon lain hilang wang deposit apabila hanya memperoleh undi sebanyak 110 – Abdul Hamid Damang (Parti Cinta Sabah), Cyril Aloysius (Parti Liberal Demoktratik – 67 undi), Labosa @ Ghazali Jakilan (USNO – 33 undi) dan Abu Bakar Jambuan (Gagasan – 26 undi).
Peratusan pengundian bagi DUN Balung dalam PRN Sabah kali ini ialah 55.37 peratus dengan sejumlah 133 undi ditolak.
Kerusi DUN Balung yang mempunyai 14, 600 pengundi dimenangi Datuk Osman Jamal (BN-Umno) yang kemudiannya Warisan dan Bebas dengan majoriti 174 undi pada PRU14. Penyandang selama tiga penggal di Balung ialah Datuk Syed Abas Syed Ali (BN-Umno).
Discussion about this post