“Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membawa kesenangan kepada rakyat di negeri Johor, berbeza dengan parti-parti yang lain yang hanya menabur fitnah, bohong dan menghasut rakyat.”
Itulah luahan salah seorang penduduk Johor yang juga suri rumah sepenuh masa, Siti Aishah Mohd Naib dari DUN Sungai Balang ketika ditemui media baru-baru ini.
“Sebab dari kecil sehingga sekarang, saya nampak perbezaan kesenangan hidup keluarga saya.. Dulu keluarga kami orang susah.
“Namun sekarang nampak perbezaan dari segi taraf kehidupan, BN telah banyak memainkan peranan dalam mengubah taraf sosial ekonomi kami,” katanya.
Menurutnya juga, hanya pemimpin-pemimpin dari BN sahaja yang selalu ‘turun padang’ berjumpa masyarakat serta mendengar keluh kesah daripada rakyat.
“Saya belum pernah lagi nampak pemimpin dari parti yang lain ‘turun padang’ bersama masyarakat, sehingga kini hanya pemimpin dari BN sahaja yang kelihatan.”
Beliau turut menyarankan kepada semua penduduk di DUN N.16 Sungai Balang supaya menyokong calon BN Selamat Takim, untuk memenangi kerusi pada Pilihan Raya Negeri Johor kali ini.
Discussion about this post