KUALA LUMPUR: Pogram Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan tindakan menangani varian baharu yang melanda negara menjadi tumpuan utama pada hari ketiga Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, perkara itu akan diperjelaskan Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin, disusuli sesi ahli-ahli Parlimen mengemukakan persoalan penjelasan lanjut dan cadangan sebelum dijawab menteri berkenaan.
Antara topik yang dijangka diketengahkan termasuk kadar vaksinasi harian, langkah menangani varian baharu COVID-19, pasport vaksin, penambahan Pusat Pemberian Vaksin (PPV), sasaran imuniti kelompok, campuran dos vaksin dan suntikan tambahan vaksin atau ‘booster shots’.
Sumber: AWANI
Discussion about this post