Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi menekankan pada rakan partinya bahawa penubuhan UMNO merupakan usaha dan pengorbanan orang Melayu sejak 11 Mei 1946.
“UMNO dilahirkan dengan air mata pengorbanan orang Melayu di Istana Melayu dan parti terbesar orang Melayu sejak 11 Mei 1946,” kat Zahid menerusi posting di Facebook rasminya.
Sempena hari ulang tahun UMNO ke 76 hari ini, Ahmad menafikan kenyataan UMNO sudah tidak releven oleh pihak lain dan hanyalah sekadar andaian yang direka sedangkan parti tersebut kini akarnya semakin kuat walaupun pernah hampir tumbang.
Penubuhan UMNO bertujuan untuk mempertahankan kedaulatan institusi diraja dan Raja-Raja Melayu serta mengutamakan kepentingan Melayu sekaligus memperkasakan syariat agama Islam.
“UMNO sebuah parti politik semangat nasionalisme Melayu berpaksikan Islam dan masih bertapak di hati Melayu disebabkan asas penubuhannya yang jelas,” kata beliau.
Selain itu, Zahid menegaskan partinya akan kembali dengan memperkukuhkan lagi persediaan untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang berikutan sejarah pengalaman UMNO yang telah berpuluh tahun mentadbir negara.
“Perjuangan UMNO pada PRU15 jauh lebih murni demi sebuah kebenaran dan kewajipan. Insya Allah rakyat bersama UMNO kerana UMNO akan terus bersama rakyat,” kata Zahid lagi.
Discussion about this post