Berdepan dengan pertandingan 6 penjuru merupakan satu cabaran yang harus dilalui Yillson Yanggun bagi Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah kali ini.
Merupakan seorang graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan calon termuda Barisan Nasional (BN) pada PRN Sabah 2020 ianya merupakan satu cabaran yang harus ditempuhi oleh beliau di dalam memastikan kemenangan BN kali ini.
Bagi Muhammad Syafiq Othman yang mengikuti perjalanan kempen Yillson di N07 Tandek berkata sepanjang pemerhatian beliau yillson telah menerima respond yang sangat positif penduduk di Tandek ini.

Katanya di dalam tempoh seminggu ini, Yillson telah berjaya memasuki seluruh kawasan samada di pekan kecil mahupun di kawasan kampung.
“ Yillson telah menerima respon yang sangat positif daripada penduduk setempat di sini, malah mereka turut memberikan keyakinan untuk memilih Yillson Yanggun sebagai Adun kali ini”
“ Walaupun Yillson ini merupakan calon termuda yang baru berusia 23 tahun, tetapi sifat kepimpinan di dalam dirinya, dilihat sangat jelas ini kerana beliau telah mendapatkan pendedahan sewaktu melanjutkan pelajaran di Semenanjung, maklum mengenai perkembangan politik serta penuntut jurusan Sains Politik di UKM jelas Syafiq lagi.
“ Politik juga dilihat sebati dengan beliau, beliau ambil tahu, ambil berat mengenai kebajikan masyarakat dan itulah sebab mengapa kita harus mengangkat Yillson sebagai wakil rakyat di N7 Tandek ini katanya lagi.

Ketika ditanya apakah membezakan Yillson dengan 5 lagi calon lain, jelas Syafiq kematangan serta idea dan juga tenaga membezakan yillson dengan calon-calon yang lain
“ Beliau ada idea-idea yang cukup baik, matang, mempunyai banyak idea untuk membangkitkan anak muda serta mendalami semua keperluan generasi terutamanya generasi muda di sini serta juga di Sabah amnya” kata Syafiq lagi
Untuk rekod Yillson berdapan dengan cabaran daripada calon Parti Bersatu Sabah (PBS), UPKO, LDP, PCS dan juga Bebas di N07 Tandek ini.
Discussion about this post