Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mencabar Lim Kit Siang supaya membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multi Media (SKMM) berhubung laporan berita portal yang mengaitkan kerjasama Penasihat DAP itu dengan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional.
Malah, Ka Siong turut mengingatkan Kit Siang dan Wong Shu Qi supaya menghentikan fitnah terhadap MCA atau berdepan tindakan undang-undang.
Mengulas mengenai laporan portal berkenaan, Presiden MCA itu mengakui pemegang saham terbesar portal The Coverage iaitu Shen Yee Aun pernah menjadi penyokong kepada Presiden MCA pada tahun 2013.
Tetapi Shen bukan ahli MCA dan tidak pernah menyertai parti berkenaan.
Sebaliknya, dakwa beliau, Shen merupakan seorang ahli DAP dan pemimpin sayap pemuda DAP.
Malah, Shen juga adalah bekas Setiausaha Eksekutif Kebangsaan Pemuda DAP (DAPSY) dan Ketua DAPSY Klang.
Ya, pemegang saham terbesar portal “The Coverage” iaitu Shen Yee Aun pernah menjadi penyokong kepada Presiden MCA pada…
Posted by Wee Ka Siong on Saturday, October 17, 2020
Oleh itu, Ka Siong mempersoalkan mengapa Kit Siang dan Ahli Parlimen DAP Kluang melabelkan The Coverage sebagai laman web yang berkaitan dengan MCA atau portal propaganda MCA.
Sedangkan portal ini jugalah yang telah cuba merosakkan reputasi MCA pada minggu lalu apabila mengitar semula berita-berita lama berkaitan UMNO dan parti itu.
”Jika benar dakwaan Lim Kit Siang, kenapa pula “laman web yang berkait dengan MCA” ini perlu menyerang MCA?,” soal Ka Siong lagi.
Sekiranya tidak berpuas hati dengan “The Coverage”, buatlah laporan SKMM terhadap mereka, seperti yang dilakukan MCA katanya lagi.
Discussion about this post