Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien menyelar tindakan pihak yang menggunakan kebencian dan perpecahan sebagai kempen dalam PRN Johor.
Beliau yang juga Menteri Kanan Pertahanan berkata sehingga kini tiada negatif dalam kempen yang dilakukan oleh calon BN.
“Kami (BN) ada pengalaman lama, tiada negatif dalam kempen calon BN. So far penerimaan orang ramai di Johor sangat baik tapi ada beberapa hari lagi untuk kempen.
“Apa saya tekankan jangan kita sorak tetapi kampung tergadai. Dalam lihat kehadapan perjalanan PRN Johor jangan sampai tanam kebencian perpecahan dikalangan khsusnya mereka dari pelbagai kaum dan agama,” katanya di Mersing hari ini.
Beliau berkata seperti beliau dan barisan menteri BN lain perlu terus melaksanakan kerja untuk rakyat meskipun pilihanraya telah habis.
Oleh itu katanya fokus yang lebih utama perlulah ditumpukan kepada rakyat berbanding menanamkan kebencian dalam diri rakyat dalam kempen.
“Mari kita fokus, seperti apa Kementerian Sumber Manusia buat hari ini dalam karnival kerjaya jaminan kerja, selepas berakhirnya pilihanraya kita masih kena fikirkan soal ekonomi, rakyat yang mencari pekerjaan.
“Siapa yang akan buat itu adakah orang yang tanam kebencian kepada kita masa pilihanraya atau mereka yang terpaksa pikul menang kalah di Johor, saya tetap menteri pertahanan, Datuk Saravanan masih pegang amanah untuk melihat kepada sumber manusia negara,” katanya.
Discussion about this post