Setiausaha Eksekutif Barisan Nasional, Dato Mohamad Sahfri Ab Aziz menafikan kenyataan media yang menggunakan logo dan alamat Barisan Nasional seperti yang tukar ketika ini.
“Ibu pejabat BN menafikan mengenai kewujudan surat yang menggunakan logo dan alamat parti seperti yang tersiar dan viral ketika ini.
“Sebarang kenyataan rasmi parti hanya dikeluarkan oleh pengerusi atau setiausaha agung parti dan hanya akan dikeluarkan melalui saluran rasmi komunikasi parti,” katanya.
Kenyataan Mohamad Sahfri telah disiarkan di laman Facebook rasmi BN.
Pertikaian itu timbul di tengah keraguan mengenai sokongan terhadap Muhyiddin susulan teguran dari Istana Negara awal hari ini.
Kenyataan itu memaklumkan semua ahli Parlimen BN sebulat suara menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut kenyataan itu, keputusan itu merupakan hasil perjumpaan yang dipengerusikan Ismal Sabri bersama seramai 40 Ahli-Ahli Parlimen BN.
Terdahulu, Istana Negara mengeluarkan kenyataan bagi memaklumkan rasa amat dukacita Yang di-Pertuan Agong terhadap cara ordinan darurat dibatalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Menurut kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin, Agong juga amat kecewa apabila ordinan darurat itu tidak dibentang dan dibahaskan seperti dipersetujui Takiyuddin dan Idrus di hadapan baginda pada 24 Julai lalu.
Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah juga amat dukacita apabila Takiyuddin mengelirukan Dewan Rakyat dengan kenyataan dibuatnya semasa sidang khas berlangsung.
Discussion about this post