Demi menjaga kesihatan dan keselamatan kakitangan di sebalik situasi pandemik COVID-19 yang semakin membimbangkan, Ibu Pejabat MCA akan ditutup sementara bermula esok (25 Mei) sehingga 1 Jun. Tarikh pembukaan semula ini mungkin akan berubah bergantung kepada keadaan semasa kata Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon.
Sepanjang tempoh penutupan ini, kesemua kakitangan Ibu Pejabat MCA akan terus menjalankan tugasan masing-masing secara bekerja dari rumah (BDR), bagi memastikan segala agenda parti dapat disempurnakan mengikut jadual.
-MCA online-
Discussion about this post