Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo berpendapat idea anak muda akan membawa Kota Marudu dengan lebih jauh dan maju pada masa akan datang.
Menurut Papagomo yang buat pertama kalinya sampai ke daerah ini, banyak lagi pembangunan yang perlu dilakukan dan dibawa masuk ke daerah ini.
Katanya, salah satu peluang yang tidak sepatutnya disia-siakan oleh warga Kota Marudu adalah dengan memastikan kemenangan Calon Barisan Nasional, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek, Yillson Yanggun.
“Kita kena extreme dengan idea yang baru, dan saya lihat, selain berpendidikan dan berkebolehan, calon muda ini mempunyai idea idea baru yang perlu diketengahkan.
“Dalam masa yang sama, masyarakat Kota Marudu perlu memastikan kemenangan calon BN di DUN Tandek ini agar dapat menyumbang kemenangan dan mengubah semula Kerajaan Negeri Sabah agar seiring dengan pucuk pimpinan negara yang diterajui kerajaan Perikatan Nasional,” katanya.
Papagomo berkata demikian ketika beliau ditemui di Tamu Pasar Minggu.
Menurut Papagomo, Yillson seorang yang mudah didekati, seorang yang ramah kepada masyarakat tanpa mengira umur, bangsa dan agama, dan jelas terlihat masyarakat di sini juga mula mengenali dan menerima baik calon ini.
Satu kelebihan buat orang orang Kota Marudu khususnya pengundi DUN Tandek sekiranya mereka dapat memastikan Yillson menjadi pemimpin mereka kerana Yillson bukan sahaja terpuji dengan ketulusan sikapnya bahkan beliau seorang yang ada ilmu atau rangkaian ilmu politik.
“Saya mula mengenali beliau pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis yang lalu, beliau ada menyampaikan ceramah dan saya lihat beliau berkebolehan, beliau menyampaikan ceramah dengan begitu baik.
“Saya bagi peluang kepada beliau berceramah di tempat orang islam, dan beliau bercerita tentang anak muda, boleh berucap dengan baik, ada pengetahuan dan mempunyai idea idea menarik, jadi tujuan saya datang ke sini adalah untuk bantu memastikan beliau beroleh kemenangan.
Papagomo berkata, beliau akan berjumpa dengan pengikut pengikutnya dan peminat peminatnya yang ada di Kota Marudu ini, dan berharap agar mereka juga boleh membantu bagi memastikan kemenangan calon muda ini.
Discussion about this post