Perumahan mampu milik, Peluang pekerjaan serta peluang pendidikan, itu fokus utama Calon Barisan Nasional (BN) N8 Bukit Pasir IR Mohd Fadzli Mohd Saleh sekiranya beliau diberi peluang untuk menjadi wakit rakyat di kerusi itu.
Tiga ikhtiar yang mahu dilaksanakan beliau itu kerana di Dun Bukit Pasir ini ada satu hub pendidikan tinggi atau lebih dikenali dengan Bandar Universiti.
“ Di situ banyak peluang-peluang pekerjaan yang boleh diperolehi katanya ketika ditemui pemberita di Bilik Gerakan Dun Bukit Pasir.
Tambahnya selain dari peluang pekerjaan dan memperolehi peluang pendidikan yang lebih baik untuk penduduk di kawasannya ekoran dengan projek hub pendidikan itu, pastinya masalah perumahan mampu milik akan menjadi isu.
Justeru kata Mohd Fadzli, projek perumahan mampu milik perlu dipertimbangkan katanya.
Semalam Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, pelbagai lagi inisiatif yang akan dilaksanakan melalui lima Ikhtiar BN Johor dalam tempoh lima tahun sekiranya BN kembali mentadbir negeri tersebut.
Hasni berkata, Johor juga akan mewujudkan Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor bagi menyelesaikan masalah berkaitan perumahan Johor berteraskan data dan keperluan semasa.
“BN Johor juga akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang dan sektor baharu selain menggalakkan penghijrahan semula golongan profesional dari Singapura ke Johor.
“Untuk tujuan tersebut, Johor Kerja akan menawarkan 100,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang yang memfokuskan kepada pertanian moden, ekonomi digital dan ekonomi kreatif.
Discussion about this post