Ikhtiar Barisan Nasional (BN) Johor disifatkan mempunyai pendekatan holistik dan berupaya memberi manfaat kepada seluruh Bangsa Johor.
Penganalisis ekonomi dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr. Lutfan Jaes berkata, ikhtiar tersebut mengambil kira setiap ruang dan bagi Bangsa Johor.
“Ikhtiar BN Johor juga menampilkan strategi efektif dan efisien dengan perancangan pembangunan ekonomi mengikut kearifan lokal setiap daerah.
“Dengan itu, segala tumpuan tujahan dana dapat dimanfaatkan secara realistik, tidak berlaku pembaziran sumber,” katanya ketika diminta mengulas mengenai Ikhtiar BN Johor.
Ikhtiar tersebut yang mengandungi lima teras utama, iaitu Kemajuan Ekonomi, Kesejahteraan Rakyat, Orang Muda Johor, Pentadbiran Berintegriti dan Reformasi politik dilancarkan kelmarin.
Menurutnya, ikhtiar berkenaan telah memberikan tawaran terbaik kepada rakyat Johor.
Discussion about this post