Ikhtiar BN Johor yang dilancarkan semalam merupakan tawaran terbaik kepada rakyat negeri ini.
Justeru, calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar, Pandak Ahmad meminta rakyat supaya memberi sokongan padu kepada BN agar kesemua ikhtiar tersebut dapat dilaksanakan.
“Marilah beri sokongan kepada semua calon BN supaya kerajaan baharu yang dibentuk nanti, insya-Allah dapat merealisasikan ikhtiar yang kita tawarkan.
“Justeru, terjemahkanlah sokongan dalam bentuk undi kepada calon-calon BN pada hari mengundi 12 Mac ini,” katanya.
Semalam Pengerusi BN Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad yang juga Menteri Besar Johor melancarkan Ikhtiar BN Johor.
Ikhtiar tersebut menawarkan lima teras, iaitu Kemajuan Ekonomi, Kesejahteraan Rakyat, Orang Muda Johor, Pentadbiran Berintegriti dan Reformasi Politik.
Discussion about this post