Pengundi di DUN Kuamut perlu memilih dan mengundi calon BN di Kuamut, Datuk Juhari Janan yang boleh membawa masalah rakyat di Kuamut ini.
Ketua Bahagian UMNO Kuala Krau, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said berkata, ia juga untuk memastikan kesinambungan pembangunan DUN Kuamut dimana pemerintahan kerajaan negeri juga mesti sehaluan dengan kerajaan persekutuan.
“Juhari sudah lama berkecimpung dalam politik dan mempunyai pengalaman yang luas dan saya yakin beliau mampu membawa suara rakyat,” tambahnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra dengan pengundi Dun Kuamut di Dewan Kampung Tongodon.
Hadir sama, calon BN DUN Kuamut, Datuk Juhari Janan dan mantan Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Kuamut, Laising Podok.
Ismail melihat dalam perjumpaan itu juga cukup memberansangkan dimana rata-rata pengundi DUN Kuamut ini juga akan menterjemahkan sokongan mereka di peti undi pada 26 September ini.
Beliau juga berharap pengundi di DUN Kuamut ini tidak terpegaruh dengan janji pihak lawan yang mana memberikan pelbagai janji tetapi tidak dapat dilaksanakan.
Discussion about this post