Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menjejaskan kehidupan rakyat dalam menangani isu peningkatan harga dan juga bekalan ayam yang sedang dialami oleh Keluarga Malaysia.
“Kerajaan mengambil berat dan memandang serius terhadap isu peningkatan harga dan bekalan ayam semasa dan Pihak Kerajaan kesal dan kecewa terhadap tindakan beberapa buah syarikat yang menghentikan bekalan ayam sehingga menyebabkan berlakunya peningkatan harga dan kekurangan bekalan ayam di pasaran,” kata Ismail melalui posting di Facebook rasminya.
Menurut Ismail, harga siling ayam standard yang telah ditetapkan oleh Kerajaan ialah RM8.90 sekilo dengan pemberian subsidi sebanyak RM729.43 juta di bawah Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM) yang telah ditetapkan sejak 5 Februari lalu.
Walaubagaimanapun, Ismail berkata bahawa Kerajaan mendapati ada beberapa syarikat besar yang tidak berminat untuk memohon subsidi dan ingin Kerajaan membiarkan harga ayam ditentukan sendiri oleh pasaran dan hanya RM50 juta subsidi telah dibayar kepada penternak yang kebanyakannya adalah syarikat kecil.
Sebagai langkah sementara, mesyuarat Kabinet telah pun memb uat beberapa ketetapan bagi menangani isu bekalan serta harga ayam iaitu menghentikan eskport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan bermula 1 Jun ini sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil.
“Mewujudkan stok penimbal ayam dan mengoptimumkan fasiliti pemnyimpanan bilik sejuk sedia ada milik Kementerian
Pertanian dn Industri Makanan (MAFI) dan agensi, memansuhkan Approved Permit (AP) ayam termasuk ayam bulat dan keratan ayam bertujuan meningkatkan peluang penglibatan pengimport untuk menyediakan lebih banyak sumber bekalan.
“Mempermudahkan proses tuntutan subsidi oleh pengeluar ayam dan menambah serta mengiktiraf loji sembelihan di luar negara bagi meningkatkan pengeluaran bekalan ayam,” kata Ismail.
Dalam masa yang sama, Kerajaan juga akan memperkenalkan semula Jihad memerangi orang tengah yang telah dikenalkan oleh beliau sendiri pada tahun 2014 iaitu Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang berperanan mengetahui Jihad Memerangi Orang Tengah berikutan Kerajaan sedar akan wujudnya kartel yang mengawal harga dan pengeluaran ayam dalam kalangan syarikat besar.
Ketika ini, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang melakukan siasatan atas laporan kewujudan kesepakatan kartel tersebut seterusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka dan siasatan dijangka selesai pada awal bulan Jun ini.
“Mesyuarat Kabinet juga menerima beberapa pandagan dariapda Ahli Jemaah Menteri berkaitan penanaman jagung dan hampas isirung kelapa sawit (PKC) untuk menjadi alternatif kepada makanan ayam.
“Mesyuarat juga bersetuju meminta kerjasama kerajaan Negeri, agensi Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk menyediakan tanah Lesen Kependudukan Sementara (TOL) bagi jangka masa panjang. MAFI dan KPDNHEP telah diminta membentangkan pelan-pelan tersebut dalam masa terdekat bagi projek penanaman jagung, PKC dan sebagainya,” kata Ismail lagi.
Dalam pada itu, Kerajaan juga menggalakan penglibatan syarikat GLC, agensi Kerajaan, Pertubuhan Peladang dan Koperasi dalam usaha penternakan ayam dan Kerajaan akan mengkaji dari segi bantuan kepada mereka yang terlibat.
Ismail berkata, usaha ini merupakan sebahagian pelan Jangka Sederhana dan Jangka Panjang yang akan dirangka oleh MAFI dan KPDNHEP dan Peguam Negara akan dipanggil pada Mesyuarat Kabinet serta telah menasihatkan Kabinet untuk mengguna pakai di bawah Penguatkuasaan Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) jika terdapat sebarang aktiviti menyorok, menyimpan atau unsur-unsur sabotaj terhadap bekalan ayam.
Jika didapati teradapat sebarang aktiviti menyorok, menyimpan atau unsur-unsur sabotaj kepada bekalan ayam, tindakan boleh diambil di bawah Akta tersebut dan lesen mereka juga boleh dibatalkan serta merta.
Selain itu, Kerajaan juga meminta MAFI dan KPNDHEP untuk membuat pantauan atau pemeriksaan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan (Peraturan- Peraturan Kawalan Bekalan 1974 ) yang memperuntukkan penalti.
“Individu – didenda tidak melebihi RM1 juta ringgit atau dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 3tahun atau kedua-dua sekali dan perbadanan atau syarikat didenda tidak melebihi RM2 juta ringgit,” ujar beliau.
Pemansuhan AP makanan yang diumumkan oleh beliau sebelum ini juga melibatkan pembatakan AP gandum setelah mendapat persetujuan dari Kabinet dan semua kementerian juga digesa untuk menyenaraikan AP bagi barangan lain yang boleh dimansuhkan untuk menjaga kepentingan pengguna Keluarga Malaysia.
“Saya memohon agar Keluarga Malaysia menyokong tindakan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan ini demi menjaga kepentingan rakyat yang terhimpit dengan peningkatan harga dan kos sara hidup serta kekurangan bekalan,” seru Ismail.
Discussion about this post