Isu pembinaan Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) yang masih terbengkalai di Johor akan diselesaikan segera menggunakan kaedah baharu.
Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, hanya dua projek PGBF di Johor yang belum diselesaikan iaitu di Felda Bukit Aping Timur dan Felda Pasak.
“Dulu kita sudah selesaikan isu rumah terbengkalai yang siap 70 peratus ke atas yang kini sudah diduduki dan sekarang kita memasuki fasa kedua membabitkan rumah yang siap di bawah 70 peratus.
“Fasa ketiga kita akan mulakan tahun ini membabitkan dua projek terbengkalai yang masih sangkut di Johor iaitu di Bukit Aping Timur dan Pasak.
“Ini isu lama dan sedang diusahakan. Kita akan pastikan isu itu diselesaikan menggunakan kaedah berlainan berbanding lama,” katanya di Felda Air Tawar 2.
Katanya telah banyak perubahan dibawa kerajaan untuk Felda antaranya kejayaan menyelesaikan sebahagian besar hutang peneroka bernilai RM8.3 bilion.
Jelasnya usaha berkenaan dapat dilaksanakan melalui usaha keras serta komitmen diberikan petugas Felda.
“Secara keseluruhan kita lihat banyak peningkatan-peningkatan kita lakukan, pertama akaun peneroka yang saya katakan 80 peratus selesai libatkan RM80.3 bilion hutang peneroka.
“Ini makan masa memerlukan maklumat terperinci usaha dan komitmen petugas-petugas yang bila beri penekanan siap.
“Selain itu, isu pengambilan balik tanah Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) FGV Holdings Bhd (FGV) itu juga banyak kita selesaikan dari 34 peratus sekarang mencapai 80 peratus,” katanya lagi.
Discussion about this post