Jangan menyerah. Jangan berundur. Jangan putus asa. Hidup ini suatu perjuangan ungkap Pengerusi Barisan Nasional, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Melalui satu hantaran di laman Facebooknya pagi ini, Ahmad Zahid memberikan semangat kepada rakyat Malaysia yang kini sedang diuji dengan pelbagai dugaan ekoran wabak Covid-19 yang melanda kini.
“ Kita semua tahu ramai berada dalam keadaan tertekan. Masalah demi masalah menimpa”
“ Hilang pendapatan, hilang pekerjaan, pendapatan isi rumah terjejas, perniagaan merundum.”
“ Keadaan bertambah kusut apabila bank berterusan mendesak bayaran itu dan ini.”
“ Hari-hari memikirkan apa akan jadi pada masa depan diri dan keluarga, anak-anak yang masih kecil”
Sehingga kadangkala fikiran menjadi buntu tidak tahu apa lagi boleh dilakukan tulisnya lagi di dalam hantaran tersebut.
Justeru itu, kita seharusnya tabah di dalam ujian ini kerana apa yang terjadi ini semua di luar kawalan kita nasihat Ahmad zahid lagi.
“Bukan kita yang menentukan ekonomi negara. Bukan kita yang menguruskan hal pandemik.”
“Janganlah kita bertindak di luar batas rasional cuba meragut nyawa sendiri dan sebagainya.”
” Sayangilah diri dan keluarga. Ibu bapa, isteri dan anak-anak kita kerana jika kita tiada bagaimana dengan nasib mereka yang bergantung hidup pada kita”
“ kepada yang beragama Islam ingatlah setiap yang berlaku pasti hikmahnya dan Sentiasa percaya bahawa Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuannya.”
“ Kepada bukan muslim saya pasti ajaran agama masing-masing juga menuntut akan kesabaran”
“ Setiap permasalahan ada penyelesaiannya dan akan tiba jua masanya nanti”
Mungkin Allah S.W.T mahu mengingatkan kita kepada sesuatu dan tentang sesuatu katanya lagi.
Discussion about this post