Penghapusan sebanyak RM8.3 bilion hutang Felda bukan keputusan Perikatan Nasional (PN) sahaja, sebaliknya ia adalah suara majoriti daripada parti gabungan lain dalam kerajaan sebelum ini.
Bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, isu tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan PN dalam memancing undi dalam PRN Johor ketika ini.
Menurutnya, ini kerana BN telah terlalu lama serta serta secara konsisten memainkan peranan membantu masyarakat Felda.
“Kerajaan ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri adalah kerajaan yang ditunjangi oleh BN ada, Pas ada, PN ada. Ini adalah keputusan yang dibuat beliau ketika menjadi Perdana Menteri.
“Tetapi, ketika BN memerintah sebelum Pilihan Raya Umum lepas kita buat banyak keputusan yang memanfaat penduduk Felda,” katanya ketika turun padang bersama peneroka di Felda Taib Andak dekat Kulai.
Johari yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, kerajaan BN juga tidak pernah mengenakan sebarang tindakan ke atas peneroka yang gagal melunaskan hutang sebelum ini.
“Sebaliknya kita terus membantu mereka yang terjejas dengan pelbagai inisiatif lain.
“Kita tidak kisah asal dapat memanfaat Felda untuk generasi seterusnya. Mereka boleh terus bina Felda untuk generasi akan datang,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan BN juga begitu komited dalam mentranformasikan imej Felda agar berdaya saing dan bertambah maju.
“Ia terbukti apabila beberapa negara luar turut kagum dengan kerajaan BN yang berjaya membuka beberapa tanah rancangan Felda.
“Ini sekaligus berjaya mengembangkan ekonomi peneroka yang pada asasnya tidak memiliki pendapatan yang tetap,” katanya.
Sehubungan, beliau berharap masyarakat Felda tidak termakan dengan dakwaan segelintir pihak yang seolah-olah menidakkan terhadap jasa dan sumbangan BN kepada peneroka selama ini.
Discussion about this post