Monday, September 27, 2021

Jangan salahkan rakyat jika imej ahli politik buruk di mata mereka – Zambry

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, ini adalah kerana rakyat sedang memerhatikan gerak kerja kerja ahli-ahli politik.

Masyarakat tidak boleh dipersalahkan sekiranya mempunyai tanggapan negatif terhadap golongan ahli politik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, ini adalah kerana rakyat sedang memerhatikan gerak kerja kerja ahli-ahli politik.

BACA JUGA

Menurut Zambry, umum sedia maklum, imej ahli dan parti politik ketika ini sangat buruk di mata rakyat termasuk persepsi golongan ini dianggap sebagai mementingkan kuasa, diri selain dilihat tidak bersimpati dalam menyelamatkan rakyat dan negara.

“Acapkali parti politik akan dilihat bertelagah tidak mengira tempat. Sampaikan yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.
“Jadi, kita tidak boleh salahkan masyarakat sekiranya mereka mempunyai persepsi yang negatif seperti itu. Kerana mereka memang memerhatikan kita dan cara kita bekerja,” kata Zambry ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Sehubungan itu, Zambry menasihatkan semua ahli politik agar menukar cara bekerja selain membawa amalan atau budaya baharu dengan mempamerkan kematangan dan profesionalisme yang lebih tinggi.

Tambah Zambry yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN)  semua pihak mengenepikan seketika ketaksuban dan ideologi politik masing-masing dan memberi fokus kepada rakyat serta tanah air.

“Carilah persefahaman yang membawa kepada kebaikan. Buka ruang kerjasama tanpa prejudis. Raikan perbezaan pendapat dengan penuh keterbukaan. Berlapang dadalah dengan cara kerja yang berbeza. Pupuklah perpaduan dan rasa kekitaan dalam budaya kerja yang inklusif.

“Yang pasti, kita semua mahukan yang terbaik untuk masyarakat dan dalam konteks semasa, tiga perkara utama mesti kita berikan perhatian iaitu memerangi COVID-19, membina semula ekonomi dan mempersiap masyarakat dan negara ke arah PRU15 (Pilihan Raya Umum Ke-15).

“Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru semua rakan-rakan yang berhormat untuk membawa amalan dan budaya politik aras tinggi ini di negeri Perak,” kata Zambry lagi.

Dalam pada itu, Menurut Zambry lagi Kerajaan Negeri turut dicadangkan menubuhkan Majlis Pemulihan Negeri yang akan melapor kepada Dewan Undangan Negeri Perak berkaitan tadbir urus, pembangunan dan cara meningkatkan hasil negeri seperti di peringkat Persekutuan.

Katanya majlis itu hendaklah dianggotai pemegang taruh utama, tokoh yang dihormati, berkelayakan serta wakil daripada pihak kerajaan dan pembangkang.

“Seperti yang dititahkan oleh Tuanku (Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah), Perak mencatatkan penguncupan ekonomi sebanyak 2.5 peratus dan berlaku penurunan hasil negeri yang ketara khususnya oleh PBT.

“Ada PBT yang dilaporkan mencatat kehilangan hasil hingga 58 peratus,” katanya

Beliau berkata Majlis Pemulihan Negeri juga boleh berfungsi untuk melaksanakan program vaksinasi pantas terutama kepada penduduk di pelbagai pulau di seluruh Perak selain program vaksinasi yang disusun oleh Kerajaan Persekutuan.

Bekas Menteri Besar itu juga menyarankan kerajaan negeri agar memperkenal pelbagai program jaringan sosial untuk membantu mereka yang terdesak dan terhimpit seperti menyalurkan bantuan tunai, rebat atau potongan sewa serta moratorium bagi pinjaman dan pembiayaan.

“Malah kerajaan boleh mempertimbang pemberian pelitup muka, pencuci tangan serta bantuan ujian kendiri kepada mereka yang terkesan teruk akibat kehilangan pendapatan dan penduduk di pulau-pulau,” katanya.

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

BERITA TRENDING

PILIHAN EDITOR

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist