Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad hendaklah membuat ‘homework’ terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu tol.
Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil yang beri maklum balas terhadap kenyataan Khalid yang membidas bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, bahawa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sebelum ini merancang untuk mengutip bayaran tol “selama-lamanya”.
“Khalid Samad, sebelum kamu keluar statement, checklah dulu dengan rakan kamu Lim Guan Eng.
“Semasa kamu dua orang jadi menteri dulu, kan dia kata caj kesesakan akan terus dikenakan selepas konsesi tol tamat,” katanya dalam catatan di Facebook akaun milik beliau semalam.
Pada 5 April, Najib menyelar tindakan PH yang dikatakannya menuntut kredit atas pengambilalihan empat syarikat konsesi lebuh raya di Lembah Klang dengan berkata, rancangan gabungan itu semasa ia berkuasa adalah untuk mengutip bayaran tol ‘selama-lamanya’.
“Bermakna janji ‘toll-free’ PH sebenarnya telah menjadi ‘toll-forever’. Kenapa perlu ‘toll-forever’ pula?” soalnya.
Dalam catatannya di Facebook beliau berkata, terdapat perbezaan besar antara cadangan pentadbiran PH untuk mengurangkan kadar tol pada 2019 dengan pengumuman kerajaan semasa mengenai penstrukturan semula konsesi tol.
Khalid berkata, beliau terkejut bagaimana Najib mendapat idea bahawa PH akan mengutip tol selama-lamanya.
“Cukup untuk dikatakan bahawa tempoh konsesi tol tidak disebut dalam cadangan itu kerana tidak akan ada perubahan. Kutipan tol, walaupun dengan diskaun, akan berakhir apabila konsesi tamat,” katanya.
Dalam respons segera di Facebook, Najib berkata, beliau mendapat maklumat itu daripada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Lim Guan Eng pada 26 Jun 2019 semasa beliau menjadi menteri kewangan.
Dalam kenyataan itu katanya, Lim berjanji bahawa caj tol akan diganti dengan caj kesesakan pada kadar yang sama, selain menambah bahawa caj kesesakan ini yang akan dikurangkan akan terus dikutip selepas tempoh konsesi tamat.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pada 4 April bahawa tidak akan ada lagi kenaikan kadar tol di lebuh raya LDP, SMART, SPRINT dan Kesas berikutan perjanjian menstruktur semula konsesi tol.
Beliau berkata, kerajaan bersetuju dengan cadangan menstruktur semula konsesi tol bagi lebuh raya tersebut yang akan menyaksikan kadar tol sedia ada kekal sehingga tamat tempoh konsesinya.
Keesokan harinya, Majlis Presiden PH berkata, pengumuman kerajaan mengenai penstrukturan semula konsesi tol lebuh raya adalah hasil usaha yang dimulakan oleh gabungan itu pada Oktober 2019, apabila Jemaah Menterinya memutuskan untuk memulakan proses mengambi
“Lain kali buatlah homework sikit, kalau tidak buat malu sendiri saja. Jangan asyik kencing rakyat saja. Internet tidak lupa,” ujar Isham.
Discussion about this post