Kegagalan Pakatan Harapan (PH) untuk berfungsi menjadi kerajaan yang baik menjadi punca kejatuhan parti tersebut dan hanya mampu bertahan selama 22 bulan.
Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang menemplak kenyataan Rafizi Ramli berkata selain daripada gila kuasa kegagalan. PH juga secara berterusan mencari kesalahan BN ketika mereka sudah berkuasa.
“Ketika menjadi kerajaan, PH masih menjadi seperti pembangkang. Mencipta banyak perkara untuk menutup kelemahan mereka.
“Misalnya mewujudkan ‘Tabung Harapan’ bagi gambaran kerajaan sudah tiada wang sedangkan itu hanya wayang sahaja,” katanya menerusi posting di Facebooknya baru-baru ini.
Dalam pada itu, Shamsul juga mengimbas kembali projek yang dilakukan PH namun akhirnya ia hanya menjadi bahan jenaka rakyat dan salah satunya Projek Kereta Terbang.
Beliau juga mengingatkan kembali janji-janji palsu yang dibuat Rafizi dan namun ia gagal dilaksanakan.
Antaranya ialah formula memansuhkan PTPTN, pendidikan percuma, mansul tol, petrol RM1.50 dan harga kereta Honda Civic lagi murah dari Myvi.
Jadi ia sudah jelas janji palsu yang dibuat Rafizi inilah punca utama kejatuhan PH.
“Maka wahai rakyat Malaysia yang saya kasihi, jangan kita percaya lagi.
“Biarpun nampaknya Rafizi lupa dia juga adalah penyebab PH jatuh, namun dia salahkan orang lain untuk menampakkan dia suci. Maaf ya Rafizi, rakyat Malaysia tahu siapa kamu. Ayuh Malaysia, jangan percaya Rafizi lagi”, tegas beliau.
Discussion about this post