Umum mengetahui Kerajaan baru-baru ini mengumumkan harga siling ayam yang telah dinaikkan kepada RM9.40 berbanding sebelum ini RM8.90.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraj Wajdi Dasuki mempersoalkan lambakan ayam tidak habis apabila harga siling dinaikkan yang jelas menunjukkan masalah sebenar adalah berpunca dari pihak pembekal.
“Masa harga siling ayam kerajaan tetapkan pada RM8.90, tiba-tiba bekalan tiada. Apabila harga siling dinaikkan kepada RM9.40, tiba-tiba berlaku lambakan ayam sehingga ada tak habis terjual.
“Ini antara isyarat jelas bahawa inflasi hari ini bukan sangat kerana permintaan luar biasa melebihi daripada penawaran (demand tinggi); sebaliknya berlaku masalah di peringkat penawaran dan bekalan,” kata Asyraf Wajdi menerusi posting di Facebooknya.
Maka dengan itu, beliau menyeru kepada Pasukan Khas Jihad Inflasi untuk fokus kepada pihak kartel yang cuba untuk mengeksploitasi bekalan serta memanipulasi harga yang secara tidak langsung meletakkan kesalahan kepada peniaga.
Hal ini kerana, peniaga juga turut menjadi mangsa akibat kenaikan harga ayam dan menjadikan bekalan ayam yang dibeli dari pihak pembekal tidak habis apabila dijual semula.
“Begitu juga isu minyak masak paket bersubsidi yang sukar untuk didapati di pasaran berbanding minyak masak botol yang sudah ditarik subsidinya,” katanya.
Asyraf Wajdi berkata, disebalik isu ini kemungkinan berlakunya bekalan yang disorok atau berlakunya kawtim di belakang dengan pihak tertentu demi meraih keuntungan di atas subsidi rakyat.
“Jangan kerana tersilap percaturan dan strategi jihad, rakyat yang susah menjadi mangsa!” tambah beliau lagi.
Discussion about this post