Kerajaan negeri Johor akan memperhalusi cadangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh dalam usaha untuk memutuskan rantaian Covid-19 di negeri itu.
Ini ekoran Cadangan yang disuarkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Dewan Muda Johor (DMJ), yang mahu kerajaan negeri mengambil pendekatan agresif bagi mengekang penularan virus tersebut.
Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, beliau akan memperhalusi cadangan tersebut.
“Saya terima surat syor dan akan perhalusi. Terima kasih,” katanya dalam akaun Twitter hari ini.
Terdahulu, DMJ dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya mahu kerajaan negeri mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melaksanakan PKP secara menyeluruh di negeri ini.
Saya terima surat syor dan akan perhalusi. Terima kasih! https://t.co/YJN06AOJCs
— Hasni Mohammad (@Hasni_Johor) May 19, 2021
Ciapan Menteri Besar Johor akan mempertimbangkan PKP menyeluruh di negeri itu
Menurut DMJ, langkah itu perlu untuk memutuskan rantaian pandemik Covid-19 yang sedang meningkat di negeri ini.
“Sekiranya PKP menyeluruh dilaksanakan, kerajaan negeri perlu mengimbangi perkara itu dengan memberikan pakej bantuan khas kepada pihak terjejas.
“Bantuan tersebut seperti Bantuan Prihatin Rakyat dan moratorium secara automatik untuk satu tempoh yang bersesuaian,” jelasnya.
Cadangan berkenaan telah dihantar ke Pejabat Menteri Besar Johor menerusi satu surat rasmi, semalam.
Tambahnya, kerajaan negeri juga perlu melaksanakan ujian saringan Covid-19 secara menyeluruh di negeri itu bagi mengesan penularan wabak itu dalam komuniti.
Discussion about this post