Umum mengetahui mengenai kadar dasar semalaman (OPR) yang dinaikkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan respon dari rata-rata rakyat ternyata tidak setuju dengan kenaikan tersebut.
Bagi mewakili luahan hati rakyat dengan kenaikan kadar faedah sekaligus meningkatkan jumlah ansuran bulanan bagi pinjaman yang dibuat rakyat, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki menyeru agar kadar OPR dikekalkan demi tidak membebani rakyat yang sedang merana.
“Hakikatnya kadar kenaikan ini pasti menjejaskan rakyat tidak kira yang bekerja swasta apatah lagi yang bergaji tetap dengan kerajaan. Sudahlah barangan keperluan asas meningkat, pertambahan bayaran pinjaman bank pastinya mengurangkan kuasa beli rakyat akibat menipisnya wang di poket dan di tangan,” kata Asyraf Wajdi menerusi posting di Facebooknya.
Asyraf Wajdi berkata, beliau mengakui dengan menaikkan kadar faedah (OPR) merupakan salah satu cara bagi menangani masalah inflasi dalam pendekatan ekonomi konvensional yang akan meningkatkan kemasukan pelaburan domestik dan asing (FDI dam DDI).
Hal ini kerananya, ianya secara teori menjadikan pelabur lebih berminat untuk membeli pelbagai instrumen kewangan di pasaran kewangan serta menawarkan kadar faedah yang lebih tinggi namun Asyraf Wajdi mempersoalkan kesesuaian solusi itu dilakukan dalam Malaysia.
“Apakah benar dalam konteks negara kita ketika ini, menaikkan lagi kadar faedah (OPR) membawa manfaat kepada rakyat? Apakah benar ada kenaikan FDI secara mendadak selepas kenaikan OPR?” soalnya.
Selain itu, beliau juga menyentuh mengenai wujudnya pertambahan pembelian saham runcit di Bursa Malaysia atau peningkatan pembelian saham oleh pelabur asing atau KLSE Index yang meningkat mendadak sejak OPR dinaikkan.
Kemungkinan jumlah permohonan pinjaman bank tempatan yang akan berkurang secara mendadak selepas OPR dinaikkan juga menjadi persoalan selain jumlah deposit tetap (FD) di semua bank dalam negara akan meningkat secara mendadak selepas OPR naik.
“Yang jelas tiada peningkatan besar berlaku kerana hakikatnya pelbagai laporan ekonomi menunjukkan bahawa pelabur sebenarnya menantikan tarikh pilihanraya umum bagi mendapatkan kepastian kerajaan yang mutlak dan dasar baharu pasca PRU15,” tambah Asyraf Wajdi.
Persoalan yang dibangkitkan oleh Asyraf Wajdi menjadi alasan kukuh untuk menangguhkan kenaikan harga barangan keperluam harian dengan lebih stabil.
Discussion about this post