Kajian dilakukan badan bukan kerajaan (NGO) di Mersing mendapati 90 peratus warga DUN Endau menyokong calon Barisan Nasional (BN) dalam PRN Johor kali ini.
Presiden Ikatan Anak Mersing, Muhammad Syukri Ibrahim berkata gelombang Hi-5 menjadi fenomena di Mersing pada waktu ini.
“Alhamdulillah, rata-rata tinjauan dibuat, hampir 90 peratus warga di Endau menyokong Encik Mohd Youzaimi Yusof yang merupakan Pengerusi Yayasan Makmur Mersing.
“Kita juga dapati pengundi N32 Endau amat menyambut baik pengumuman beliau sebagai calon BN untuk PRN Johor.
“Apa yang pasti, kemana sahaja kempen dijalankan, masyarakat sekitar Endau memberikan isyarat Hi-5 tanda sokongan kepada encik Youzaimi yang merupakan calon nombor 5 pada kertas undi.
“Ada yang laungkan kalau nak take 5 ingat Youzaimi, kalau nak Hi-5 ingat Youzaimi dan tak kurang yang melaungkan give me 5.
“Ini semuanya simbolik kepada calon nombor 5 dari BN yang mereka sokong bagi kerusi N32 DUN Endau,” katanya kepada BN Comms.
Discussion about this post