Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Utama Mohamad Hassan mengibaratkan penangguhan RUU Anti Lompat Parti diuruskan oleh katak yang tidak akan membuat undang-undang tidak boleh melompat.
“Macam mana katak nak buat satu undang-undang tidak boleh melompat,” ujar beliau dalam satu program bersama UMNO di Terengganu baru-baru ini.
Beliau mengulas isu tersebut berikutan RUU Anti Lompat Parti yang sepatutnya dibentangkan apda 11 April ini namun ditangguhkan sementara oleh kabinet.
Dalam masa yang sama, Mohamad juga membidas tuduhan yang mengatakan UMNO tiada integriti oleh setiausaha agung satu parti yang tidak disebut.
Mohamad mengatakan parti asal tersebut asalnya hanya mempunyai 6 orang ahli sahaja, namun kini bertambah kepada 30 lebih orang berikutan ahli yang bertambah adalah mereka yang melompat dari parti asal.
“13 kerusi dia menang, tujuh ikut Tun Mahathir, enam stay, yang lain tu semua katak hijau.
“UMNO membawa usul, UMNO yang meminta kerajaan untuk bawa undang-undang (anti lompat parti) ke parlimen. Yang lain suka, kabinet tak suka,” kata Mohamad lagi.
Discussion about this post