• Mengenai Kami
  • Hubungi
Thursday, June 30, 2022
BN News Online
No Result
View All Result
  • Home
  • Berita
    Ahmad Zahid tolak dakwaan lindungi tertuduh kes Bella

    Kepimpinan UMNO Terengganu berdiri teguh di belakang Zahid

    Jentera BN perlu tangkas perbetulkan persepsi negatif kepada BN

    5,000 peserta dijangka hadir ke Konvensyen BN Sabah, bukti kesepakatan gabungan parti

    MCA Lumut giat beri bantuan kepada golongan miskin dan orang tua

    MCA Lumut giat beri bantuan kepada golongan miskin dan orang tua

    Lawatan kerja ke Amerika Syarikat bincang mengenai keselamatan jalan raya

    Lawatan kerja ke Amerika Syarikat bincang mengenai keselamatan jalan raya

    ‘Tak setiap masa saya sokong parti, tak setiap masa saya sokong Raja’- Shahrir

    Formula ‘Langkah Kajang’ Rafizi demi Anwar, sindir Shahrir Samad

    Najib bidas pengurusan ekonomi PH dan PN ke laut

    Tun Mahathir enggan beri kerjasama, sama macam perangai Tommy

    Lembaga Disiplin UMNO akan siasat Tajuddin jika terima laporan daripada ahli- Zahid

    Lembaga Disiplin UMNO akan siasat Tajuddin jika terima laporan daripada ahli- Zahid

    ‘Kocak air tenang hanya akan merosakkan parti’ – Ab Rauf

    Keputusan pemimpin UMNO demi kebaikan parti

    Kerjasama Pemuda UMNO-SPRM demi budayakan politik bebas rasuah

    Kerjasama Pemuda UMNO-SPRM demi budayakan politik bebas rasuah

  • English News
    Jentera BN perlu tangkas perbetulkan persepsi negatif kepada BN

    Sabah seeks MOT cooperation to address the issue of Hari Raya flight tickets

    Undang-undang mana Muhyiddin pakai PM kena runding dengan PN soal Isham

    Isham: ‘PKR do not lie, not Najib who delayed debate after Eid’

    RUU Pindaan Perlembagaan, bukti proses kematangan demokrasi negara – Reezal

    Reezal: The Anti-party hopping bill, proof of the country’s democratic maturity process

    Kerajaan dibentuk dengan matlamat ABU tak mampu bertahan lama- Shahril

    Shahril: A Government formed with the goal of ‘ABU’ will not last long

    BN bekerja seperti satu lawan satu

    Isham Jalil mocks Tun Mahathir’s vision

    UMNO dan Bersatu sudah ‘bercerai’ dan tiada kerjasama dalam PRU15

    UMNO and Bersatu are ‘divorced’, will not work as partners in the next PRU

  • Buletin
    Buletin Nasional 24 April 2021

    Buletin Nasional 24 April 2021

    Home

    Buletin Nasional 16 April 2021

    Buletin Nasional 8 April 2021

    Buletin Nasional 8 April 2021

    Buletin Nasional 2 April 2021

    Buletin Nasional 2 April 2021

    Buletin Nasional 27 Mac 2021

    Buletin Nasional 27 Mac 2021

    Buletin Nasional 20 Mac 2021

    Buletin Nasional 20 Mac 2021

    Buletin Nasional 12 Mac 2021

    Buletin Nasional 12 Mac 2021

  • Kenyataan Media
    KENYATAAN MEDIA PBRS

    KENYATAAN MEDIA PBRS

    KENYATAAN MEDIA DEWAN TERTINGGI BN

    KENYATAAN MEDIA DEWAN TERTINGGI BN

    KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGUNG UMNO

    KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGUNG UMNO

    KENYATAAN MEDIA PRESIDEN UMNO

    KENYATAAN MEDIA PRESIDEN UMNO

    KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGUNG BARISAN NASIONAL

    KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGUNG BARISAN NASIONAL

    KENYATAAN MEDIA PENGERUSI BARISAN NASIONAL

    KENYATAAN MEDIA PENGERUSI BARISAN NASIONAL

    KENYATAAN MEDIA MESYUARAT MAJLIS KERJA TERTINGGI UMNO

    KENYATAAN MEDIA MESYUARAT MAJLIS KERJA TERTINGGI UMNO

    KENYATAAN MEDIA DEWAN TERTINGGI BN

    KENYATAAN MEDIA DEWAN TERTINGGI BN

    Kenyataan rasmi berasaskan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi malam ini.

    Kenyataan rasmi berasaskan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi malam ini.

  • Pendapat
    Zambry Kadir akui tidak menyesal sertai politik

    Zambry Kadir akui tidak menyesal sertai politik

    MUHYIDDIN PENASIHAT EKONOMI JOHOR? BUKTI PN TANDUS PEMIMPIN

    MUHYIDDIN PENASIHAT EKONOMI JOHOR? BUKTI PN TANDUS PEMIMPIN

    PRN beri manfaat ekonomi kepada Johor

    PRN beri manfaat ekonomi kepada Johor

    PAS Jangan Sombong, UMNO Mesti Bermaruah – Shaiful Hazizy

    PAS Jangan Sombong, UMNO Mesti Bermaruah – Shaiful Hazizy

    Solihan lupa Rasuah Politik Muhyddin

    Solihan lupa Rasuah Politik Muhyddin

    PENGARUH UNDI 18 TERBUKA KEPADA SEMUA PARTI POLITIK BERTANDING

    PENGARUH UNDI 18 TERBUKA KEPADA SEMUA PARTI POLITIK BERTANDING

    PRN Johor: Peluang terbaik UMNO papar imej baharu dan segar

    PRN Johor: Peluang terbaik UMNO papar imej baharu dan segar

    Wan Saiful perlu henti semai benih kebencian, tumpu kepada parti sendiri

    Wan Saiful perlu henti semai benih kebencian, tumpu kepada parti sendiri

    PRN Johor bukan kerana ‘kluster’ tertentu

    PRN Johor bukan kerana ‘kluster’ tertentu

  • Video
    • DAILY NEWS BN
    • Berita Mandarin BN 国阵华语新闻
  • Galeri
    Merasmikan Menara Tinjau Jeti Nelayan MyKP kampong Chepor

    Merasmikan Menara Tinjau Jeti Nelayan MyKP kampong Chepor

    Pertemuan Presiden UMNO dan Duta Besar Amerika

    Pertemuan Presiden UMNO dan Duta Besar Amerika

    Lawatan dan ceramah kelompok PDM Seri Menanti

    Lawatan dan ceramah kelompok PDM Seri Menanti

    Lawatan Pengarah Pilihanraya BN PRN Johor

    Lawatan Pengarah Pilihanraya BN PRN Johor

    Lawatan Setiausaha Agung UMNO ke BNCOMMS

    Lawatan Setiausaha Agung UMNO ke BNCOMMS

    Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Pusat Operasi Zon Tengah

    Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Pusat Operasi Zon Tengah

    PRN Johor: Pelancaran jentera Zon Utara

    PRN Johor: Pelancaran jentera Zon Utara

    Perjumpaan Ketua Penerangan UMNO Johor bersama pengamal media

    Perjumpaan Ketua Penerangan UMNO Johor bersama pengamal media

    Mesyuarat Penyelarasan Komunikasi dan Penerangan Komponen BN

    Mesyuarat Penyelarasan Komunikasi dan Penerangan Komponen BN

  • Khas
    • PRN Sabah
    • PRN Melaka

Home Pendapat

KEDUDUKAN NASIHAT PM DAN JEMAAH MENTERI KEPADA YANG DIPERTUAN AGONG (YDPA) SEMASA DARURAT?

June 24, 2021
in Pendapat
7 0
0
KEDUDUKAN NASIHAT PM DAN JEMAAH MENTERI KEPADA YANG DIPERTUAN AGONG (YDPA) SEMASA DARURAT?
17
SHARES
89
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KEDUDUKAN NASIHAT PM DAN JEMAAH MENTERI KEPADA YANG DIPERTUAN AGONG (YDPA) SEMASA DARURAT?

  1. Pada 16 Jun 2021 yang lalu, Istana Negara dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu telah mengeluarkan satu kenyataan media yang merupakan TITAH oleh Yang di-Petuan Agong (YDPA) dan Majlis Raja-Raja (MRR) di mana Baginda Tuanku telah menitahkan agar Parlimen bersidang dengan segera dan secepat mungkin.

BACA JUGA

Zambry Kadir akui tidak menyesal sertai politik

MUHYIDDIN PENASIHAT EKONOMI JOHOR? BUKTI PN TANDUS PEMIMPIN

  1. Susulan dari TITAH oleh YDPA dan disokong oleh MRR tersebut, timbul persoalan yang menjadi perbezaan pendapat dan tafsiran di kalangan rakyat termasuk mereka yang bergelar wakil rakyat, bekas hakim, bekas peguam negara, peguam-peguam dan pensyarah fakulti perundangan berkaitan isu samaada YDPA wajib mengikut dan mematuhi segala NASIHAT yang diberikan oleh Jemaah Menteri termasuk semasa tempoh darurat.

  1. Jadi saya mulakan tulisan saya kali ini dengan mengajak rakyat Malaysia mengenali siapa itu YDPA. Dalam hal ini, Perlembagaan Persekutuan di Perkara 32 jelas mengiktiraf dan mengesahkan lagi bahawa Ketua Utama Negara bagi Malaysia adalah digelar YDPA. Bukan setakat itu, Perlembagaan Persekutuan juga telah menjelaskan pelbagai tugas utama YDPA yang didahului melalui Sumpah Jawatan yang berbunyi:

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi, maka dengan lafaz ini berikrarlah Kami dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan ADILNYA pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana undang-undang dan Perlembagaan yang telah disahkan dan dimasyurkan dan akan disah dan dimasyurkan di masa hadapan ini. Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam Negeri”.

  1. Antara tugas utama YDPA yang dinyatakan dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah seperti Ketua Agama Islam Persekutuan, Ketua Eksekutif Persekutuan, Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, berkuasa mengampunkan segala kesalahan jenayah dan perkara berkaitan Darurat.

  1. Isu sebagaimana yang saya nyatakan di perenggan 2 di atas timbul kerana Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa YDPA hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri. Perkara 40 (1) berbunyi “Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri”.

  1. Selanjutnya, Perkara 40 (1A) sekali lagi menegaskan bahawa “pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu”.

  1. Perlembagaan Persekutuan juga memberikan beberapa keadaan yang mengizinkan YDPA bertindak di atas budibicaranya sendiri tanpa perlu tertakluk kepada sebarang nasihat baik dari PM atau Jemaah Menteri. Diantaranya seperti yang dinyatakan di dalam Perkara 40 (2) yang berbunyi “Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:

(a)      melantik seorang Perdana Menteri;

(b)      tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen;

(c)      meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu,

(d)      dan dalam apa-apa hal lain yang disebut dalam Perlembagaan ini.

  1. Maka, adakah keadaan-keadaan di dalam Perkara 40 (2) sahaja yang merupakan pengecualian kepada tanggungjawab YDPA untuk bertindak mengikut nasihat PM/Jemaah Menteri. Ini bakal saya ulas satu persatu.

Persoalan Pertama: Adakah YDPA wajib mengikut Nasihat PM/Jemaah Menteri Dalam Mengisytiharkan Proklamasi Darurat?

  1. Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan “Jika Yang di-Pertuan Agong BERPUAS HATI bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian”.

  1. YDPA juga boleh mengistiharkan darurat walaupun sebelum keadaan yang memudaratkan itu benar-benar berlaku. Ini dijelaskan di dalam Perkara 150 (2) yang berbunyi “Proklamasi Darurat di bawah Fasal (1) boleh dikeluarkan sebelum sebenarnya berlaku kejadian yang mengancam keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya jika Yang di-Pertuan Agong BERPUAS HATI bahawa kejadian sedemikian hampir benar berlaku”.

  1. Sebelum Perlembagaan Persekutuan dipinda pada tahun 1981 dengan memasukkan Perkara 150 (8), kes-kes di Mahkamah telah memutuskan bahawa YDPA hendaklah bertindak dengan menurut nasihat yang diberi oleh Jemaah Menteri. Di dalam kes Teh Cheng Poh v. Public Prosecutor [1979] 1 MLJ 50, Privy Council telah memutuskan bahawa kuasa YDPA di dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan hendaklah dilakukan mengikut nasihat Jemaah Menteri. Privy Council di dalam kes tersebut telah menyatakan:

“Although this, like other powers under the Constitution, is conferred nominally upon the Yang di Pertuan Agong by virtue of his office as the Supreme Head of the Federation and is expressed to exercisable if he is satisfied of a particular matter, his functions are those of a constitutional monarch and except on certain matters that do not concern the instant appeal, he does not exercise any of his functions under the Constitution on his own initiative but is required by Article 40 (1) to act in accordance with the advice of the Cabinet. So when one finds in the Constitution itself or in a Federal law powers conferred upon the Yang di-Pertuan Agong that are expressed to be exercisable if he is of opinion or is satisfied that a particular state of affair exists or that particular action is necessary, the reference to his opinion or satisfaction is in reality a reference to the collective opinion or satisfaction of the members of the Cabinet, or the opinion or satisfaction of a particular Minister to whom the Cabinet have delegated their authority to give advice upon the matter in question.” 

  1. Kedudukan di dalam kes Teh Cheng Poh tersebut masih kekal sehingga ke hari ini dan saya dapati tiada sebarang kes lain selepas dari itu yang tidak bersetuju atau menolak keputusan tersebut. Tambahan, Perlembagaan Persekutuan telah dipinda pada tahun 1981 dengan memasukkan Perkara 150 (8) yang menyatakan bahawa keputusan YDPA tidak boleh dicabar di mana-mana Mahkamah atas apa jua alasan. Perkara 150 (8) berbunyi:-

“Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini-

  • hal puas hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut dalam Fasal (1) dan Fasal (2B) adalah muktamad dan konklusif dan tidaklah boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan; dan

  • tiada mahkamah boleh mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, soal atau prosiding, dalam apa-apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai kesahan-

  • sesuatu Proklamasi di bawah Fasal (1) atau sesuatu perisytiharan yang dibuat dalam Proklamasi itu yang bermaksud seperti yang dinyatakan dalam Fasal 1;
  • kuat kuasa berterusan Proklamasi itu;
  • mana-mana ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B); atau
  • penerusan kuat kuasa mana-mana ordinan itu”.

  1. Pada tahun lepas iaitu bersamaan 23.10.2020, PM dan Jemaah Menteri telah menasihati YDPA agar mengisytiharkan darurat di bawah Perkara 150 (1) dan memasyhurkan Ordinan Darurat 2020 selaras dengan Perkara 150 (2B) bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Walaubagaimanapun, nasihat oleh PM dan Jemaah Kabinet ini telah ditolak dan tidak diikuti oleh YDPA, sebaliknya Baginda Tuanku telah berpendapat bahawa tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat pada waktu itu.

  1. Keadaan ini sangat mengejutkan kerana ianya berlainan sama sekali dari keputusan di dalam kes Teh Cheng Poh. Tambahan, PM dan Jemaah Menteri tidak pula pada waktu itu meneruskan dengan proklamasi darurat atau membawa kes ke Mahkamah untuk menyemak keputusan YDPA tersebut atau mengarahkan YDPA utk bertindak berpandukan kepada ‘nasihat’ selaras dengan kehendak Perkara 40 (1) dan 40 (1A).

  1. Ini kerana, pada pandangan saya dalam mengisytiharkan darurat, YDPA tidak tertakluk untuk menuruti setiap nasihat yang diberikan oleh Jemaah Menteri, memandangkan asas utama kepada kuasa YDPA untuk mengistiharkan darurat adalah budibicaranya sendiri selepas berpuashati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang mengancam keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam negara ini.

  1. Jika YDPA dapati tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat walaupun PM/Jemaah Menteri memberi nasihat sebaliknya, maka keputusan YDPA ini juga adalah kekal muktamad, konklusif dan tidak boleh dicabar di mana-mana Mahkamah di atas apa jua alasan sebagaimana yang dijamin di dalam Perkara 150 (8) Perlembagaan Persekutuan.

  1. Pengisytiharan darurat bermula 11.1.2021 pula, tidak sama sekali menunjukkan bahawa YDPA wajib mengikut nasihat PM/Jemaah Menteri, tetapi sebaliknya ia dibuat selepas YDPA mendengar penjelasan yang diberikan oleh PM/Jemaah Menteri dan BERPUASHATI wujudnya suatu darurat besar sedang berlaku yang mengancam keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam rakyat dan negara ini.

  1. Susulan dari pengisytiharan darurat bermula pada 11.1.2021 tersebut, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah memfailkan satu semakan kehakiman bagi mencabar keputusan PM/Jemaah Menteri menasihati YDPA untuk menggantung persidangan Parlimen dalam tempoh darurat. Walaubagaimanapun, Mahkamah telah menolak permohonan itu dengan alasan ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar semakan kehakiman itu berdasarkan Perkara 150 (6) dan 150 (8) Perlembagaan Persekutuan. Keputusan kes ini juga jelas menunjukkan bahawa Mahkamah tiada kuasa langsung untuk menyemak sebarang keputusan yang dibuat oleh YDPA dalam tempoh darurat.

Persoalan Kedua: Adakah YDPA wajib mengikut Nasihat PM/Jemaah Menteri Dalam Memasyhurkan Sebarang Ordinan Darurat?

  1. Persoalan seterusnya adalah bagaimana sekiranya dalam tempoh darurat, YDPA memasyhurkan sesuatu undang-undang yang dikenali sebagai Ordinan. Adakah YDPA masih perlu mendapat nasihat dari Jemaah Menteri dan wajib untuk melaksanakan nasihat tersebut.

  1. Kuasa YDPA untuk memasyhurkan apa-apa undang-undang dalam tempoh darurat adalah termaktub di bawah Perkara 150 (2B) yang berbunyi “Jika pada bila-bila masa semasa suatu Proklamasi Darurat sedang berkuat kuasa, kecuali apabila kedua-dua Majlis Parlimen sedang bersidang serentak, Yang di-Pertuan Agong BERPUAS HATI bahawa ada hal-hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu baginya mengambil tindakan serta-merta, maka Yang di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan apa-apa ordinan sebagaimana yang didapatinya perlu mengikut hal keadaan”.

  1. Kuasa YDPA untuk memasyhurkan apa-apa ordinan sewaktu dalam tempoh darurat juga pada pandangan saya adalah berasaskan kepada BUDIBICARANYA SELEPAS BAGINDA BERPUASHATI wujud hal-hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu bagi YDPA mengambil tindakan serta merta. Jadi, pada pandangan saya Baginda Tuanku juga boleh memasyhurkan atau menolak sebarang Ordinan yang nak dilaksanakan dalam tempoh darurat. Ini sama hal keadaannya seperti penolakan YDPA terhadap nasihat oleh PM dan Jemaah Menteri pada 23.10.2020 yang lalu.

  1. Pandangan saya juga berasaskan kepada kuasa Baginda untuk menuruti nasihat Jemaah Menteri dalam membuat sesuatu undang-undang hanya terpakai sewaktu keadaan biasa dan bukan dalam tempoh darurat. Tetapi sebagaimana yang kita sedia maklum, kini sidang Parlimen tidak berjalan disebabkan proklamasi darurat dan Perkara 150 (2B) jelas memberi kuasa kepada YDPA dalam tempoh darurat untuk membuat apa-apa ordinan yang difikirkan perlu hanya setelah baginda BERPUASHATI bukannya wajib menuruti nasihat yang diberi oleh Jemaah Menteri.

  1. Selain dari itu, Perkara 150 (6) telah menyatakan bahawa sebarang Ordinan yang dibuat oleh YDPA dalam tempoh darurat tidak boleh dicabar keabsahannya walaupun ianya tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Tambahan, sebarang keputusan YDPA termasuk memasyhurkan apa-apa ordinan dalam tempoh darurat adalah muktamad, konklusif dan tidak boleh dicabar atas apa jua alasan di mana-mana Mahkamah sebagaimana yang dijamin di dalam Perkara 150 (8) dan disahkan melalui keputusan Mahkamah baru-baru ini apabila menolak permohonan semakan kehakiman oleh Dato Seri Anwar Ibrahim yang mencabar keputusan PM/Jemaah Menteri menasihati YDPA untuk menggantung persidangan Parlimen dalam tempoh darurat.

Persoalan Ketiga: Adakah YDPA wajib mengikut Nasihat PM/Jemaah Menteri Dalam Menguatkuasakan Kuasanya di bawah Ordinan Darurat?

  1. Selanjutnya, bagaimana pula sekiranya YDPA melaksanakan kuasanya yang dinyatakan di dalam Ordinan Darurat 2021. Adakah YDPA masih tertakluk untuk mendengar dan mengikuti nasihat Jemaah Menteri.

  1. Sebagai contoh, Seksyen 14 (1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang dimasyhurkan oleh YDPA selaras dengan kuasanya di bawah Perkara 150 (2B) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa:

“Persidangan Parlimen – Bagi tempoh darurat berkuat kuasa-

(a)      peruntukan yang berhubungan dengan memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai kesan; dan

(b)      Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh SEBAGAIMANA YANG DIFIKIRKAN SESUAI OLEH YANG DI-PERTUAN AGONG”.

  1. Wujud pandangan yang mengatakan bahawa kuasa YDPA di bawah Seksyen 14 (1) ini tertakluk kepada nasihat PM/Jemaah Menteri. Ada juga pihak yang berpandangan YDPA tidak tertakluk kepada sebarang nasihat dalam hal memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen semasa dalam tempoh darurat.

  1. Sedemikian, apakah kedudukan TITAH Baginda Tuanku seperti yang dinyatakan di dalam kenyataan Media Istana Negara dan Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja Melayu bertarikh 16.6.2021 agar sidang Parlimen diadakan dengan segera dan secepat mungkin. Bagaimana sekiranya titah ini tidak dilaksanakan memandangkan ianya tidak dibuat selaras dengan Nasihat yang diberi atau tiada langsung Nasihat telah diberi oleh PM/Jemaah Menteri berkaitan perkara ini.

  1. Di dalam perkara ini, saya berpandangan bahawa semasa tempoh darurat YDPA tidak tertakluk kepada nasihat PM/Jemaah Menteri dan Baginda Tuanku boleh di atas budibicaranya memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh YDPA.

  1. Pandangan saya ini kerana Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 tersebut telah dibuat oleh YDPA selepas Baginda “berpuas hati” wujudnya keperluan untuk memasyhurkan ordinan tersebut selaras dengan kuasa yang diberikan kepadanya di dalam Perkara 150 (2B). Ini berlainan sekiranya kedua-dua Majlis Parlimen bersidang serentak. Tetapi ini tidak berlaku.

  1. Kedua, Seksyen 14 (1) (a) Ordinan tersebut jelas menyatakan bahawa peruntukan yang berhubungan dengan memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai kesan. Maksudnya, amalan kebiasaan seperti yang dinyatakan di dalam Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan berkaitan memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen tidak terpakai.

  1. Di dalam perundangan wujud satu kaedah di dalam bahasa latin yang berbunyi generalia specialibus non derogant yang membawa maksud ‘suatu peruntukan am tidak menjejaskan sesuatu peruntukan yang khusus’. Sedemikian, memandangkan Seksyen 14 (1) (a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 jelas menyatakan secara spesifik bahawa sebarang peruntukan berkaitan memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai kesan, maka ianya juga membawa maksud YDPA dalam tempoh darurat boleh memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen tanpa perlu mendapat nasihat dari PM/Jemaah Menteri.

  1. Apatah lagi Seksyen 14 (1) (b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 tersebut jelas menyatakan Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh SEBAGAIMANA YANG DIFIKIRKAN SESUAI OLEH YANG DI-PERTUAN AGONG”.

  1. Sedemikian, dalam tempoh darurat, sekiranya YDPA menitahkan pembukaan Parlimen dengan segera dan secepat mungkin, maka ianya hendaklah dilaksanakan walaupun PM/Jemaah Menteri memberi nasihat sebaliknya. Begitu juga sekiranya YDPA mengarahkan pembubaran Parlimen pada mana-mana tarikh yang Baginda fikirkan sesuai, maka ianya hendaklah dipatuhi walaupun berlainan dengan nasihat yang diberikan oleh PM/Jemaah Menteri.

  1. Tambahan, sebarang keputusan YDPA dalam tempoh darurat berkaitan memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen, pada pandangan saya, samaada menuruti atau tidak menuriti nasihat PM/Jemaah Menteri tidaklah boleh dicabar sama-sekali oleh mana-mana pihak di mana-mana Mahkamah di atas apa jua alasan. Ini jelas telah dijamin oleh Perkara 150 (8) Perlembagaan Persekutuan.

KHULASAH

  1. Saya sekali lagi menyimpulkan bahawa di dalam keadaan darurat, YDPA tidak tertakluk untuk wajib mengikuti nasihat PM/Jemaah Menteri. Setiap keputusan yang dibuat oleh YDPA semasa tempoh darurat adalah budibicara mutlaknya selepas Baginda Tuanku berpuashati wujud keadaan tertentu yang membolehkan Baginda mengisytiharkan darurat atau tidak, dan memasyhurkan sebarang ordinan termasuklah juga dalam hal menguatkuasakan sebarang kuasa Baginda yang dinyatakan dengan jelas di dalam Ordinan tersebut walaupun tiada nasihat diberikan atau ianya bertentangan dengan nasihat yang diberikan oleh PM/Jemaah Menteri.

  1. Titah Baginda Tuanku semasa darurat agar sidang Parlimen dibuka segera dan secepat mungkin tidak perlu kepada nasihat dari PM/Jemaah Menteri. Ianya adalah budibicara Tuanku setelah Baginda Berpuashati sebagaimana yang telah dijamin oleh Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 dan Perlembagaan Persekutuan.

  1. Tujuan YDPA menitahkan pembukaan Parlimen diadakan segera dan secepat mungkin adalah bagi membolehkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat. YDPA juga telah menegaskan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Kenyataan Media Istana Negara bertarikh 16.6.2021 yang berbunyi:

“Seri Paduka Baginda amat menyedari tentang peranan Parlimen sebagai satu platform penting untuk wakil-wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan wabak Covid-19. Ahli-ahli Dewan Rakyat boleh berbincang berkenaan peruntukan perbelanjaan Kerajaan bagi membantu rakyat yang di dalam kesempitan dan bagi memulihkan semula ekonomi negara”.

  1. Sudah pasti setiap keputusan yang dibuat oleh YDPA itu mencerminkan bahawa Baginda sentiasa menjadi pengimbang kepada pelbagai tuntutan, aduan, keluhan rakyat demi menjamin berlakunya keadilan dan menghindarkan kemungkinan sebenar ataupun tanggapan berlakunya sebarang penyalahgunaan kuasa.

  1. Di dalam perkara ini selaku anak jati kelahiran negeri Perak, suka saya merujuk kepada Titah DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 5 Ogos 2017 semasa Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara sebagai panduan yang sangat bererti iaitu:

“Oleh itu amatlah tidak munasabah jika jawatan Ketua Utama Negara itu diwujudkan sekadar untuk menyempurnakan tugas-tugas ceremonial atau dianggap boneka untuk menurunkan mohor perkenan kepada setiap dokumen yang dipersembahkan, dengan mata tertutup, mulut terkunci dan tangan terikat, diwajibkan tanpa opsyen memberi sepenuh perkenan tanpa soal atas apa juga nasihat yang diangkat sembah kepada Baginda, apatah lagi jika nasihat tersebut menyimpang daripada undang-undang atau tergelincir daripada landasan keadilan atau berunsur penindasan atau boleh memudaratkan negara bangsa.

Raja tidak harus rasa tertekan dan tidak semestinya memberikan perkenan jika nasihat yang disembahkan bercanggah dengan tuntutan syarak, menyimpang daripada semangat Perlembagaan, bertentangan dengan keluhuran undang-undang serta melanggar prinsip keadilan sejagat, hingga memungkinkan berlakunya penindasan dan kezaliman. Apabila Raja dirujuk, Duli-Duli Baginda hendaklah memberikan pandangan secara bebas tanpa perasaan ragu atau pilih kasih; dan dalam perkara Raja perlu bertindak atas budi bicara, Duli-Duli Baginda hendaklah menyempurnakannya dengan hikmah dan kebijaksanaan demi membuktikan Raja bersifat arif, adil lagi saksama, sebagai penimbangtaraan yang bebas kepada cabang-cabang legislatif, eksekutif dan kehakiman, demi memastikan terlaksana secara bermakna mekanisme semak dan imbang, sekali gus memperkukuhkan amalan demokrasi yang telus.

Majoriti Perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tersurat terang dan nyata; tetapi apabila menghadapi situasi kejutan, yang mencetuskan senario baru tanpa duluan, mungkin tidak ditemui perkara yang tersurat secara nyata. Lalu akan timbul kawasan kelabu, antara yang tersurat dengan yang tersirat; antara yang terang tertulis dengan semangat yang terselindung di sebalik yang tertera.

Dalam situasi sedemikian, Perlembagaan Persekutuan hendaklah ditafsirkan secara menyeluruh kerana kesemua peruntukan yang terkandung di dalamnya adalah berikat dan berkuasa. Dalam penghakiman kes Dato’ Menteri Othman bin Baginda & Anor melawan Dato Ombi Syed Alwi bin Syed Idrus, Ketua Hakim Negara, ketika itu, Yang Amat Arif Raja Azlan Shah antara lain menyebut:

“In interpreting a constitution two points must be borne in mind. First, judicial precedent plays a lesser part than is normal in matters of ordinary statutory interpretation. Secondly, a constitution, being a living piece of legislation, its provision must be construed broadly and not in a pedantic way – with less rigidity and more generosity than other Acts” (see Minister of Home Affairs v Fisher (1979) 3 All ER 21)”

[Rujuk:https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/08/309033/titah-sultan-perak-di-konvensyen-memperkukuh-pasak-negara]

Faisalludin B. Mohamat Yusuff

PMK @ Peguam Muda Kampung

Peguambela, Peguamcara & Peguamsyarie

23 Jun 2021 / 12 Zulkaedah 1442

Related Posts

Zambry Kadir akui tidak menyesal sertai politik

Zambry Kadir akui tidak menyesal sertai politik

March 25, 2022
MUHYIDDIN PENASIHAT EKONOMI JOHOR? BUKTI PN TANDUS PEMIMPIN

MUHYIDDIN PENASIHAT EKONOMI JOHOR? BUKTI PN TANDUS PEMIMPIN

February 19, 2022
PRN beri manfaat ekonomi kepada Johor

PRN beri manfaat ekonomi kepada Johor

February 18, 2022
PAS Jangan Sombong, UMNO Mesti Bermaruah – Shaiful Hazizy

PAS Jangan Sombong, UMNO Mesti Bermaruah – Shaiful Hazizy

February 13, 2022
Next Post
Air Keruh Dan Banjir Menjadi Punca Bekalan Air Di Beaufort Sering Terjejas

Air Keruh Dan Banjir Menjadi Punca Bekalan Air Di Beaufort Sering Terjejas

Discussion about this post

BERITA TRENDING

Nurul Zahid Kongsikan Video Menolak Ayahandanya Ke Dewan Pembedahan

Nurul Zahid Kongsikan Video Menolak Ayahandanya Ke Dewan Pembedahan

August 24, 2021
Bung Moktar Redha BN Hanya Menang 14 DUN, KM Hajiji

Bung Moktar Redha BN Hanya Menang 14 DUN, KM Hajiji

September 28, 2020
PRN Sabah: Polis Terima Maklumat Kemasukan Rakyat Negara Jiran Buat Kekacauan Pada Hari Pengundian

PRN Sabah: Polis Terima Maklumat Kemasukan Rakyat Negara Jiran Buat Kekacauan Pada Hari Pengundian

September 20, 2020
Bung bertembung 5 penjuru di DUN Lamag

Bung bertembung 5 penjuru di DUN Lamag

September 12, 2020
Krisis Shafie dan Anwar semakin kritikal kelebihan buat BN menang besar

Krisis Shafie dan Anwar semakin kritikal kelebihan buat BN menang besar

September 11, 2020

PILIHAN EDITOR

BANTUAN BENCANA BN: Kuala Langat

BANTUAN BENCANA BN: Kuala Langat

December 29, 2021
UMNO Sabah sedia lawan Bersatu dalam PRU-15

UMNO Sabah sedia hantar jentera, bantu PRN Melaka

October 25, 2021
Ulangtahun BN ke-48 : BN Model dan formula terbaik untuk memimpin negara

Ulangtahun BN ke-48 : BN Model dan formula terbaik untuk memimpin negara

June 1, 2022
Pengundi puji SPR berjaya laksanakan proses pengundian teratur dan selamat

Pengundi puji SPR berjaya laksanakan proses pengundian teratur dan selamat

November 20, 2021
BN News Online

Memaparkan berita dan cerita mengenai kepimpinan Barisan Nasional yang sentiasa memperjuangkan nasib rakyat seiring tema perjuangan Barisan Nasional iaitu “Dahulukan Rakyat“

Ikuti kami

Kategori

  • Berita
  • BERITA KOMUNIKASI BARISAN NASIONAL
  • Berita Mandarin BN 国阵华语新闻
  • Buletin Nasional
  • DUN Sabah
  • English News
  • Galeri Komunikasi BN
  • Kenyataan Media
  • Lain-Lain
  • Parlimen
  • PAU 2021
  • Pendapat
  • Politik
  • PRN Melaka
  • PRN Sabah
  • Video

Terkini

  • Kepimpinan UMNO Terengganu berdiri teguh di belakang Zahid
  • 5,000 peserta dijangka hadir ke Konvensyen BN Sabah, bukti kesepakatan gabungan parti
  • MCA Lumut giat beri bantuan kepada golongan miskin dan orang tua
  • Lawatan kerja ke Amerika Syarikat bincang mengenai keselamatan jalan raya

Suratberita

Langgan Berita Terkini

Langgan untuk menerima berita terkini setiap hari terus ke peti email anda!

*Kami berjanji tidak akan menghantar spam kepada anda.

  • Privasi & Polisi
  • Penafian
  • Hubungi Kami

© 2020 BN News Online - Portal berita terkini dan sahih. Disediakan oleh Komunikasi Barisan Nasional.

No Result
View All Result
  • Home
  • Berita
  • English News
  • Buletin
  • Kenyataan Media
  • Pendapat
  • Video
    • DAILY NEWS BN
    • Berita Mandarin BN 国阵华语新闻
  • Galeri
  • Khas
    • PRN Sabah
    • PRN Melaka

© 2020 BN News Online - Portal berita terkini dan sahih. Disediakan oleh Komunikasi Barisan Nasional.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist