Kementerian Perpaduan Negara telah menubuhkan dua jawatankuasa yang akan meluluskan serta memantau permohonan yang dibuat dimana sebelum ini kelulusannya tertakluk kepada Menteri ataupun Ketua Pengarahnya.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata segala permohonan peruntukan untuk geran MITRA, akan melalui dua jawatankuasa yang telah diwujudkan.
“ Jawatankuasa itu ialah jawatankuasa penilai MITRA yang bertujuan untuk meneliti, menimbang serta memperakukan segala permohonan geran kewangan MITRA, dan ianya dipengerusikan Ketua setiausaha Kementerian (KSU).
Satu lagi jawatankuasa yang diwujudkan ialah Jawatankuasa pemantau MITRA dimana segala permohonan yang telah dinilai dan dipersetujui untuk diluluskan akan dipantau oleh jawatankuasa itu.
“ Jawatankuasa pemantau akan memantau, memastikan segala perlaksanaan program dijalankan mengikut kepada tatacara dan juga terma-terma penjanjian supaya segala program yang dilakukan akan sampai dengan sebaiknya kepada masyarakat India” katanya lagi.
Halimah sebelum itu menjawab soalan YB Sivakumar Varatharaju Naidu (DAP -Batu Gajah) itu mahu tahu peruntukan RM100 juta yang diberikan kepada MITRA untuk membantu meningkatkan taraf sosioekonomi kaum India.
Menurut Halimah sebanyak RM 100 Juta telah diperuntukkan kepada MITRA untuk tahun 2020.
Katanya MITRA yang ditubuhkan di Bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) mulai disember 2018 sehingga mac 2020 dan bermula april 2020 pengurusan MITRA kini diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara.
Menurutnya lagi dari segi agihan peruntukan ( DI bawah JPM ) dari bulan Januari 2020 hingga mac 2020 sejumlah RM 34.88 Juta telah dibahagikan kepada
- Rm 19.2 Juta untuk 107 program
- Rm 15.8 juta sebahagian dari komitmen untuk tahun 2019 iaitu sebanyak 154 Program.
Sementara itu bagi april – disember 2020 di bawah kementerian Perpaduan Negara, sejumlah RM 65.1 juta telah diperuntukkan dan pecahannya adalah modal insan dengan peruntukan RM 20.2 Juta, Keusahawanan RM 14.9 juta, kesejahteraan sosial RM 30.7 Juta.
“ Secara keseluruhannya peruntukan yang telah diletakkan di bawah MITRA ( di bawah KPN) ialah RM 65,113,421.00 dan bagi peruntukan sehingga akhir oktober 2020 terdapat lebihan RM 18.7 Juta akan selesai dilaksanakan pada akhir tahun 2020 ” katanya lagi
Discussion about this post