KENYATAAN MEDIA
Pada 27 Ogos 2021, Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengadakan mesyuarat dan mengeluarkan beberapa ketetapan. Mengambil semangat parti UMNO sebagai salah satu parti komponen di dalam Barisan Nasional, maka Dewan Tertinggi Barisan Nasional telah bersetuju bahawa :
I. Barisan Nasional menyokong penuh pentadbiran YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.
II. Barisan Nasional akan menyokong segala kerjasama rentas parti yang bertujuan untuk mengatasi masalah pandemik COVID-19 dan memulihkan semula ekonomi rakyat dan negara.
III. Menyokong mana-mana cadangan untuk menambah baik Pakej-Pakej Bantuan yang telah diumumkan kepada rakyat sebelum ini haruslah diambil serius dan dibuat pertimbangan yang sewajarnya oleh pihak kerajaan.
IV. Menyokong terma Keluarga Malaysia digunakan secara meluas bagi menggambarkan pentadbiran secara inklusif dan memupuk persefahaman masyarakat yang berbilang budaya dan agama serta wilayah.
V. Satu Suruhanjaya DiRaja perlu segera diwujudkan bagi menyiasat segala pendedahan yang dibuat oleh Tommy Thomas berkenaan dengan campur tangan politik dalam Institusi Peguam, Kehakiman dan Keselamatan negara.
Dalam keadaan negara yang sedang bergelut untuk mengatasi masalah COVID-19, krisis ekonomi, masalah pengangguran, kekangan kewangan rakyat, Barisan Nasional akan memainkan peranan yang lebih instruktif bagi memastikan segala keputusan dan dasar yang dibuat oleh kerajaan adalah berorientasikan rakyat.
DEWAN TERTINGGI BARISAN NASIONAL
30 Ogos 2021
Discussion about this post