Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang bersidang pada 28 Januari 2022 (Jumaat), telah berbincang perkembangan mutakhir dalam negara dan perencanaan tahun 2022.
Mesyuarat juga turut menegaskan kebulatan tekad seluruh pimpinan parti komponen untuk terus mempertahan dan mengemas-kini kedudukan Barisan Nasional yang menjadi wadah politik negara selama ini.
Mesyuarat turut membincangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan. Justeru, YB Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Negeri Johor, manakala YAB Datuk Ir Haji Hasni Muhammad sebagai Ketua Penyelaras.
Mesyuarat sebulat suara bersetuju bagi memperkukuhkan jentera Barisan Nasional dan bergerak atas lambang Barisan Nasional secara bersama.
Seluruh pimpinan Dewan Tertinggi Barisan Nasional mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakyat Malaysia yang merayakannya.
DR ZAMBRY ABD. KADIR
28 Januari 2022
Discussion about this post