Baru-baru ini FMT telah melaporkan bahawa peguam Roger Ng. Brafman & Associates mendakwa bahawa Kerajaan AS telah menahan (withold) maklumat yang boleh membantu pembelaan Dato’ Sri Najib dalam pembicaraan IMDB yang sedang berlangsung apabila telah campur tangan dengan permohonan penzahiran dan pemeriksaan dokumen (discovery application) oleh Dato’ Sri Najib.
Peguam Ng memohon mahkamah di New York untuk mengarahkan pematuhan kepada sapina untuk memberikan keterangan dan mengemukakan dokumen untuk membuktikan bahawa pegawai-pegawai I MDB terlibat dalam skim jenayah yang membabitkan Jho Low dan Leissner.
Surat dari Peguam Roger Ng juga menarik perhatian hakim bahawa perkara tersebut adalah sensitif kepada masa memandangkan perbicaraan IMDB masih berjalan. Untuk menahan keterangan daripada Dato’ Sri Najib merupakan suatu pencabulan ke atas hak berperlembagaan Dato ‘Sri Najib kepada perbicaraan yang adil dan saksama.
Hakikatnya, Kerajaan AS harus mengemukakan keterangan dan bukti yang boleh menzahirkan pendedahan penting berkaitan pembelaan Dato Sri Najib.
Apa yang membimbangkan ialah surat itu turut menyatakan bahawa Kerajaan AS seakan-akan aktif dalam melindungi Goldman Sachs dan bahawa Kerajaan AS dan Goldman Sachs bersama-sarna demi kepentingan mereka semata-mata dan ini perkara ini amat merisaukan.
Hak kepada perbicaraan yang adil adalah hak asasi manusia.
AZALINA OTHMAN SAID
KETUA PASUKAN KHAS DEMOKRASI DAN PERUNDANGAN BARISAN NASIONAL
18 MAC 2021
Discussion about this post