Perkembangan politik Sabah menunjukkan sokongan rakyat terhadap PBRS yang juga satu-satunya parti tempatan Sabah dalam komponen Barisan Nasional (BN) sedang giat diperluaskan keseluruh kawasan Parlimen di Sabah.
Kemasukan seramai 7200 ahli baru dikawasan Parlimen P.179 Ranau dan 700 ahli baru dikawasan DUN Limbahau, DUN Kuala Penyu, DUN Membakut dan DUN Sindumin memberi isyarat bahawa parti ini semakin mendapat tempat dihati rakyat.
Penyertaan pemimpin-pemimpin Sabah dalam PBRS juga menandakan bahawa
mereka sangat yakin dengan perjuangan dan halatuju parti yang sentiasa konsisten menyuarakan tentang kepentingan dan hak-hak rakyat Sabah tidak kira berada dalam Kerajaan mahupun pembangkang.
Dalam tempoh dua tahun ini, kita telah mengalami pelbagai cabaran luar biasa seperti krisis kesihatan, krisis ekonomi dan krisis politik. Hal ini mengakibatkan ketidakstabilan berlaku dalam negara. Hari ini Negara kita memerlukan kestabilan dan perpaduan daripada semua untuk kita bergerak kehadapan. Maka, saya yakin Barisan Nasional adalah pilihan terbaik untuk mengembalikan kestabilan yang sangat diperlukan.
Justeru, PBRS optimis untuk terus bekerja demi memperjuangkan pembangunan
dan kemajuan Sabah. Marilah kita “Misompuru” atau bersatu untuk memantapkan parti ini dan terus maju kehadapan demi kecemerlangan rakyat Sabah.
DATUK ARTHUR JOSEPH KURUP
TIMBALAN PRESIDEN PARTI BERSATU RAKYAT SABAH (PBRS)
Discussion about this post