KENYATAAN MEDIA
SETIAUSAHA AGUNG BARISAN NASIONAL
Pengerusi Barisan Nasional, YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi telah
mengarahkan untuk semua Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Barisan Nasional Negeri-Negeri membuka Bilik Gerakan bagi membantu dengan segera mangsa-mangsa banjir yang kini menghadapi kesulitan.
Bagi tujuan penyelarasan, YB Pengerusi BN juga bersetuju untuk melantik YB
Dato’ Sri Dr Shamsul Annuar Nasarah sebagai Penyelaras Bantuan Bencana
Banjir Barisan Nasional peringkat pusat.
Adalah dipohon dengan segera semua jentera dari parti-parti komponen dapat
bersama berada di lapangan bagi kerja-kerja bantuan dan menyelamat.
BARISAN NASIONAL, DAHULUKAN RAKYAT
DR ZAMBRY ABD KADIR
19 Disember, 2021
Discussion about this post