Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri TPr Annuar Musa menegaskan prinsip Barisan Nasional (BN) yakni tidak akan bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.
Beliau berkata demikian bagi menangkis khabar angin yang mendakwa beliau menggesa atau mahu bekerjasama dengan Anwar dan DAP seperti yang tersebar di media sosial baru-baru ini.
Berikut adalah kenyataan media Penuh Beliau
Tan Sri Annuar Musa, Ahli Parlimen Ketereh dan Setiausaha Agung Barisan Nasional bertegas dan kekal berpegang kepada keputusan-keputusan dasar parti, iaitu:-
1. menyokong kemasukan Ahli-ahli Parlimen ke dalam gabungan dan membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) secara en-bloc
2. mengukuhkan Muafakat Nasional (MN)
3. menyokong kerajaan PN dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri
4. Tidak bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP
Berita bahawa Tan Sri Annuar menggesa atau mahu bekerjasama dengan Anwar dan Dap adalah palsu dan tiada asas sama sekali.
Pejabat Setiausaha Agung BN
5 Oktober 2020
Discussion about this post