Kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang secara tidak langsung membuktikan berlakunya pemberian wang semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.
Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menegaskan, perlakuan tersebut telah sengaja ‘dihalalkan’ oleh mereka atas alasan kononnya bersedekah.
“Kenyataan Presiden PAS dengan sendiri membuktikan pemberian ‘wang’ memang berlaku.
“Kemudian mereka cuba ‘menghalalkan’ apa sahaja perbuatan mereka yang ternyata salah dari segi peraturan,” kata Shamsul menerusi hantaran di Facebooknya.
Selain itu, Shamsul menekankan apa yang lebih membimbangkan apabila merekaml mengaitkan perlakuan tersebut dengan agama agar dilihat suci dan bersih.
Hal itu menjadikan satu budaya dan sikap yang dibawa oleh PAS sejak dahulu dimana salah jika dilakukan oleh pihak lain namun tidak menjadi kesalahan sekiranya dilakukan olen PAS.
“Realitinya kini PAS sudah banyak berubah. Kuasa dan kedudukan sudah menjadi sangat penting bagi PAS dan kerana itu prinsip, pendirian serta peganggan PAS akan berubah kerana itu.
“PAS sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa dan kedudukan. Ini hakikatnya,” tambah Shamsul lagi.
Sebelum ini, Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan di media tentang pemberian wang kepada rakyat adalah satu perbuatan sedekah.
Discussion about this post