Ahli Parlimen Pengerang yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat merakamkan ucapan setinggi-tingi ucapan syabas dan tahniah kepada YB Presiden UMNO dan kempimpinan yang sejak awal lagi dan secara berterusan telah menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan membawa suara rakyat agar darurat tidak diteruskan selepas 1 ogos 2021 ini.
Melalui satu kenyataan, Azalina yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata beliau yakin hasil daripada desakan berterusan daripada parti UMNO seperti ini telah membuahkan hasil sehingga Kerajaan Persekutuan akur kepada desakan-desakan tersebut.
Pagi tadi di Dewan Rakyat, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah mengumumkan Kerajaan Persekutuan memutuskan tidak akan menasihatkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat yang baru apabila tamat pada 1 Ogos 2021 dan berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, semua ordinan darurat yang telah dibuat semasa Proklamasi Darurat ini adalah dibatalkan.
Semalam Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) melalui satu kenyataan telah menggariskan ketetapan UMNO mengenai Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinannya yang perlu dibatalkan dan tidak diteruskan selepas 1 Ogos 2021.
Discussion about this post