Kekuatan sesuatu kerajaan adalah berdasarkan pendirian.
Itu penegasan Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek merujuk kepada isu penangguhan RUU Anti Lompat Parti baru-baru ini.
“Kerajaan kuat adalah kerajaan yang tegas. Boleh buat keputusan dan tidak dipermainkan,” ujar beliau menerusi posting Facebooknya.
Beliau yang ternyata kecewa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kenyataan yang dibuat tidak pernah berlaku dalam barisan jemaah menteri sebelum ini.
“Tak pernah berlaku seorang menteri menyatakan kekecewaan terhadap jemaah menterinya secara terbuka begini,” ujar Shabery.
Malah katanya luahan kekecewaan Wan Junaidi secara terbuka sama seperti penolakan RUU di parlimen.
“Pada penghujungnya kelak, hal seperti itu akan menjadi lumrah.
“Dunia sedang memerhatikan kita,” tambahnya lagi.
Discussion about this post