Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang berlangsung malam ini memutuskan agar kerajaan Perikatan Nasional Negeri Perak yang melibatkan Adun Dari UMNO, Pas Dan Bersatu perlu dipertahankan.
Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agong Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan melalui satu kenyataaan media malam ini.
Dalam pada itu mesyuarat malam ini juga telah memutuskan bahawa untuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita. Pergerakan Pemuda dan Puteri adalah pada I. 2 dan 3 Januari 2021
(Jumaat. Sabtu dan Ahad).
lanya akan diadakan secara serentak di 191 Bahagian dan akan dirasmikan Oleh Ketua UMNO Bahagian masing-masing. Untuk kawasan PKPB dan PKPD bolehlah diadakan secara maya. Kehadiran adalah secukup korum iaitu satu perempat daripada jumlah wakil yang berhak hadir
Perhimpunan Agung Wanita. Pemuda dan Puteri adalah pada 30 Januari 2021 (Sabtu) dan Perhimpunan Agung UMNO pada 31 Januari 2021 (Ahad). lanya akan diadakan di PWTC dengan kehadiran yang terhad dan juga akan dibuat secara maya katanya lagi.
Discussion about this post