Kegagalan usul yang dibawa oleh kerajaan untuk melanjutkan tempoh tahanan di bawah Seksyen 4(5) SOSMA 2012 adalah bukti pembangkang tidak boleh dipercayai.
Pengarah Komunikasi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu segera membina kekuatan sendiri.
Menurut beliau, kebergantungan kepada parti pembangkang serta parti yang tidak sehaluan untuk kekuatan BN adalah sangat tidak sesuai.
“Saya konsisten dan kekal dengan prinsip. Parti dan rakyat adalah keutamaan.
“Justeru itu, keputusan yang dibuat sewaktu PAU 2021 tepat dan betul. Jalan terbaik serah semula mandat kepada rakyat. Biar rakyat tentukan sebuah kerajaan yang stabil dan kuat,” katanya menerusi catatan di Facebook.
Tambah Ahli Parlimen Lenggong itu, sesebuah kerajaan tidak boleh stabil dan diyakini hanya melalui MOU yang begitu rapuh serta tidak ditandatangani dengan ikhlas dan jujur.
Hal itu jelas merugikan rakyat dan negara.
“Maka, UMNO-BN perlu kembali bangun dan membina kekuatan sendiri,” katanya.
Discussion about this post