Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri sesi taklimat yang diadakan oleh FELCRA Berhad, semalam.
Menurut beliau, kerjasama KKDW bersama FELCRA dijamin akan mampu menerokai lebih banyak peluang lagi khususnya bagi pembangunan desa dan wilayah.
“Alhamdulilah saya dapat bersama-sama warga FELCRA bagi satu sesi Taklimat oleh FELCRA Berhad sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
“Saya melihat setiap usaha FELCRA sebelum ini dan percaya dengan kerjasama erat bersama KKDW, lebih banyak potensi akan dapat diterokai khususnya di dalam sistem pembangunan desa dan wilayah,” kata Zahid menerusi satu hantaran di Facebooknya.
Selain itu, beliau juga menekankan segala usaha yang dilaksanakan oleh FELCRA dalam melaksanakan tanggungjawab sosial, FELCRA juga mampu memperkukuhkan lagi keselamatan makanan negara.
Hal tersebut dilakukan melalui Transformasi 3.0 sekaligus dapat mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan import.
“Gerak kerja transformasi ini perlulah merangkumi usaha-usaha untuk meningkatkan lagi produktiviti dan pelbagai inisiatif di bawah selian FELCRA,” tambahnya lagi.
Discussion about this post