Pemuda UMNO bersepakat menjalinkan hubungan kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membudayakan politik yang bertintegriti dan juga bebas rasuah.
Tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki yang berterusan melakukan inisiatif dan usaha untuk menjadikan politik di Malaysia bersih daripada kes rasuah untuk kepentingan diri sendiri.
“Hari ini 2 jam delegasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dapat mengadakan kunjungan hormat dan berbincang dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya,” kata Asyraf Wajdi menerusi posting di Facebooknya.
Dalam kenyataannya, antara kerjasama yang disepakati adalah UMNO bersama SPRM adalah melalui anjuran siri-siri latihan dan pendidikan untuk kepimpinan Pemuda UMNO di semua peringkat termasuklah YB-YB Pemuda yang baru dipilih sewaktu Pilihan Raya serta Exco-Exco Kerajaan Negeri sebelum ini yang dilantik dikalangan Pemuda.
Asyraf Wajdi menegaskan, program yang akan dianjurkan ini adalah mustahak dalam usaha memastikan budaya politik berintegriti serta bebas rasuah hidup dalam kalangan politik. Para pemimpin muda pula akan diberikan penceragan praktis untuk bersedia mengelakkan diri dengan sebarang cubaan memberi atau menerima rasuah, pecah amanah, dan apa jua aktiviti yang melanggar prinsip agama, integriti dan moral.
“Bersama dalam delegasi tadi bukan sahaja kepimpinan kanan Pemuda tetapi juga tiga wakil rakyat baru di kalangan Pemuda, YB Fairul Nizam Roslan Along, YB Hairi Md Shah Dan YB Dr Akmal Saleh untuk bersama-sama dalam memperhalusi pelbagai langkah bagi membudayakan politik integriti di kalangan pemimpin-pemimpin muda UMNO,” tambah Asyraf Wajdi lagi.
Budaya rasuah adalah satu amalan yang buruk sekiranya ia berterusan diamalkan dalam dunia politik kerana, hakikatnya pemimpin memegang amanah tanggungjawab untuk menjaga negara serta rakyat dan memastikan negara tidak tergadai hanya kerana mata dikaburi oleh wang.
Discussion about this post